Ikan goreng lada hitam

Ada ketika saya suka makan nasi tanpa kuah.
Kadang-kadang makan macam tu sungguh menyelerakan, nasi bertambah-tambah. Tapi kenalah ada sambal atau cili kicap. 🙂

Meh tengok resipi ikan goreng saya ni.
image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ikan bawal putih digoreng tanpa kunyit.
2) 1 labu bawang besar yang dihiris bulat.
3) 6 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang.
4) 1/2 tsp serbuk kasar lada hitam
5) Beberapa tangkai daun bawang yang dihiris

Caranya:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan bawang besar, daun bawang dan kemudian lada hitam & garam
3) Akhir sekali masukkan ikan.

Tadaa, dah boleh dihidang..