Jerusalem Artichokes

Jerusalem Artichokes bukanlah dari Jerusalem dan bukan juga dari spesis artichokes. Yang menariknya ialah ia adalah dari spesis bunga matahari dan boleh dimakan mentah atau dimasak. Sekali pandang nampak macam halia. Ia kaya dengan serat dan tinggi kandungan dua mineral, iaitu kalium dan magnesium serta mengandungi sumber terbaik inulin. Inulin adalah sejenis kanji yang membantu memastikan kandungan gula dalam darah stabil. Makanan yang kaya dengan inulin bermanfaat untuk individu yang mempunyai penyakit kencing manis.

Pokok Jerusalem Artichoke. Gambar dari wikimedia.
image

image

Kulit artichoke perlu dibuang. Ia boleh dimakan mentah begitu saja atau diparut, untuk menambah rasa pada salad. Boleh juga dimasukkan ke dalam sup atau dihiris nipis untuk sandwich.

Radicchio

Semasa saya berada di Korea selama 10 hari, hampir setiap hari saya makan radicchio. Walaupun berbagai jenis salad dihidang tapi radicchio juga pilihan saya.. Bukanlah sedap sangatpun… 🙂 rasanya yang sedikit pahit tapi ia kaya dengan antioksidan dan serat. Radicchio juga mengandungi bahan yang dipanggil inulin yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah.

Susah juga nak jumpa radicchio sebab kebanyakkan supermarket tak jual. Saya beli radicchio ini dipasaraya dekat Bangsar Village. Saya dapati bila ia dibuat salad campur dengan bahan-bahan lain, sedaplah juga dan  bila saya masak dengan cili jeruk jadi lagilah sedap, hehe…

Jom lah cuba resipi radicchio & cili jeruk.

image
SALAD RADICCHIO
image

RADICCHIO & CILI JERUK, my daughter’s favourite!
image

Bahan:
1) 8 biji cili jeruk dihiris :
2) 4-5 ulas bawang putih diketuk dan dicincang halus
3) Ikan masin kurau dihiris kecil, kuantiti terpulang pada anda
4) Radicchio dihiris, kuantiti terpulang pada anda.

Caranya:
1) Tumis bawang putih dan ikan masin hingga kekuningan.
2) Masukkan cili jeruk potong dan kacau rata.
3) Dah masak, akhir sekali baru masukkan radicchio dan kacau rata.

Okay, have a try. 🙂