Terung Kari Goreng

Assalamualaikum..

Hidangan berbuka puasa sebentar tadi. 😀

image

Bahan-bahan:

3 biji terung bulat. Dipotong 3 setiap satu
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk kari ikan Adabi
Garam
1/2 cawan minyak

Cara:

1) Satukan tepung beras, rempah kari dan garam. Kacau rata.
2) Tekap semua hirisan terung pada campuran rempah kari
3) Panaskan minyak dan goreng kepingan terung. Balik-balikan terung.
4) Sekiranya tepung kari kurang melekat, taburkan baki tepung kari keatas terung ketika goreng

Selamat mencuba..

Kerabu Pegaga

Assalamualaikum..

Kali ini saya pos kerabu pegaga pula. Hidangan ini sesuai bagi mereka yang begitu perihatin menjaga kesihatan terutama dibulan yang mulia ini. 😀

image

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga, ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Pegaga dihiris kasar
1 biji buah tomato dipotong kiub
7 ulas bawang merah dihiris
3 cili merah dibuang biji
5 cili padi
4 sudu besar penuh kelapa parut
3 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk cili padi dan cili merah tapi jangan lumat dan kemudian masukkan kelapa parut dan tumbuk bagi sebati
2) Satukan bahan yang ditumbuk, bawang merah, buah tomato dan pegaga, jus lemon dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas sehingga rata dan sebati.
Siap untuk dihidang

Sup Tulang Lembu

Assalamualaikum.
Malam ini saya kongsi satu resipi sup tulang lembu yang saya hidangankan untuk iftar sebentar tadi.

Masak sup ini tak susah, cuma mengambil masa yang agak lama untuk empukkan daging. Kalau ada pressure cooker, prosesnya cepat..

Saya mula merebus tulang lembu pagi tadi. Saja masak awal sebab niat saya nak buang lemak dari air rebusan tulang. Healthy lah sikit 🙂
Apabila daging dah empuk, saya biarkan sejuk seketika sebelum saya masukkan dalam peti sejuk. Biarkan lemak dalam sup membeku. Kemudian saya senduk buang semua lemak yang beku itu. Petang sikit baru saya sambung masak sup ini.
Sup ini memang saya sengaja buat pekat dari biasa. Kalau anda jenis yang suka sup cair, bolehlah lebihkan air.

Jom cuba!
image

image

Bahan-bahan:

1 kilo tulang lembu
2 batang serai
3/4 sudu teh serbuk kasar lada hitam
Air secukupnya
Kentang dan lobak merah dipotong dadu

Masukkan tulang lembu, serai, serbuk kasar lada hitam dan air ke dalam periuk dan rebus sehingga daging empuk. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah.
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
Minyak masak secukupnya
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 4 biji buah pelaga & 4 bunga cengkih
7 ulas bawang merah dihiris nipis
3 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dimayang
2 sudu besar rempah sup dan 1 sudu besar rempah kurma di campur air untuk jadikan pes

Bahan kisar: Lumat
1 labu bawang besar
1 batang celery
1/2 batang lobak merah

1) Panaskan minyak dan minyak sapi, masukkan bahan tumis dan masak sehingga bawang kekuningan dan kemudian masukkan pes rempah sup. Masak sehingga terbit minyak.
2) Masukkan bahan kisar dan masak lagi sehingga terbit minyak. Kemudian curah ke dalam rebusan daging
3) Renehkan sup sekejap

Sambal Cili Kicap:

20 biji cili padi
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/3 cawan kicap lemak masin
1 sudu besar jus lemon

Satukan semua bahan dan kisar.

Sebelum dihidang masukkan sedikit sambal cili kicap dan taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng.
Sup ini sedap juga kalau makan dengan roti.