Cambah benih (Sprouting) – 2

Ini adalah hasil cambah benih.
image
Saya cambah 3 jenis benih, 5 hari lepas kacang hijau, dua hari kemudian detox mix dan keesokkan harinya pula protein mix

image
Kita boleh dapat semangkuk besar taugeh dengan hanya 2tbsp kacang hijau hehe..

image
Tak lama lagi bolehlah makan detox mix dan protein mix pula, insyaAllah 😀
image
Tadi rendam 3 lagi jenis benih, brokoli, alfalfa dan kacang hijau. Suami lebih suka taugeh, nampaknya kenalah masak taugeh selalu..

image
Hmm… cambah benih nampaknya dah jadi hobi baru saya, dan hasilnya boleh memberi banyak manfaat pada saya dan keluarga. InsyaAllah
😀

image
Sebenarnya saya dan suami memang suka sangat makan taugeh tapi saya dah lama tak beli. Kini makan taugeh organik, cambah sendiri pulak tu. Best jugak hehe…

image
Plan nak masak sup taugeh ikut resipi korea, hmm…bijan dan minyak bijan dah habis jadi buat sup biasa je la. Saya masukkan 3 cawan air + ikan bilis, rebus. Keluarkan ikan bilis ( saya biarkan je ikan bilis dalam sup ), kemudian masukkan 1 labu bawang besar dipotong kiub, 3 ulas bawang putih di ketuk dan serbuk lada putih secukup rasa serta kicap. Masukkan taugeh, 1 tbsp minyak zaitun dan garam. Resipi korea kalau masak sup taugeh, dimasak atas api selama 25 minit. Jadi tadi saya pun biarkan lama atas api. 😀

Hari ini suami balik makan tengah hari di rumah. Kami makan sup taugeh. Hahaha…

Cara nak cambah benih boleh klik disini.

Khasiat kacang hijau

Kacang hijau adalah makanan yang boleh dikatakan ‘ superfood’ kerana kandungan zat vitamin, mineral, kaya dengan protein, tinggi serat dan rendah lemak tepu, rendah sodium dan tidak mengandungi kolesterol, memberi banyak manfaat pada kesihatan badan.

image
(Saya suka beli kacang hijau yang organik, insyaAllah tiada bahan kimia yang boleh memudharatkan kesihatan)

Kacang hijau menawarkan pelbagai kebaikan seperti meningkatkan sistem imun, metabolisme, mengurangkan  lemak hati, membantu mengawal hormon, boleh melegakan ‘ hot flashes’ (simptom menopaus bagi sesetengah wanita), menggalakan tahap gula dalam darah yang sihat (mesra diabetes) dan boleh mengawal berat badan kerana kacang hijau mengandungi kadar glycemic yang rendah.

Kandungan phytosterol dalam kacang hijau merupakan satu lagi nutrien yang boleh menurunkan kadar kolesterol. Kacang hijau juga dikatakan boleh mengawal tekanan darah kerana terdapat zat kalium (potassium) di dalamnya.

Rebusan air kacang hijau membantu menyejukkan badan,  mengeluarkan toksin,  baik untuk kulit, ulser dan ruam.

1/2 cawan kacang hijau + 4 cawan air di rebus selama 15 minit diatas api yang kecil. Periuk di tutup semasa merebus kacang hijau. Tapis dan bila dah suam bolehlah di minum.( jangan biarkan kacang hijau berendam lama didalam air rebusan, sebab nanti kacang akan kembang )
Kacang hijau yang sama boleh diulang rebus untuk kali kedua. Kacang hijau bersifat menyejukkan badan jadi tidak digalakkan mengambilnya bagi mereka yang sering mengalami sejuk di tangan dan kaki. Elak makan kacang hijau kalau mengalami cirit birit.
Murah tapi berkhasiat….