Limau Kasturi

Siapa sangka buah yang sekecil limau kasturi ini mempunyai khasiat yang lebih banyak daripada sebiji epal hijau iaitu antara buah-buahan yang mempunyai kadar antioksidan terbaik.

Perahan jus limau kasturi bukan saja mampu menambahkan keenakan rasa pada sesetengah masakan dan minuman. Malah jus limau kasturi apabila dicampur dengan air dan madu diminum boleh merawat batuk, demam panas, keletihan, selsema dan sakit kerongkong. Selain dari itu minum jus dari 3 biji buah limau kasturi tanpa dicampur air sebelum sarapan selama 3 hari berturut-turut dikatakan berkesan bagi menurunkan tekanan darah tinggi.

Jus limau kasturi mengandungi Floretin-G yang amat baik untuk kesihatan badan. Ia juga mengandungi vitexsin, yang menjadi salah satu bahan untuk merawat dan mencegah penyakit darah tinggi dan jantung.

image

Selain Floretin-G,limau kasturi juga mempunyai asid ferulik iaitu bahan antioksidan semulajadi untuk menambah baik kesihatan sistem tubuh manusia selain dapat mengurangkan kedutan pada kulit.

Hmm..rasanya yang masam tapi mempunyai banyak khasiat dan kebaikan. 🙂

Rujukan:
Berita Harian 1 Jun 2013
Ong Hean Chooi: Rempah-ratus, khasiat makanan & ubatan.

Yogurt dan kesihatan kulit.

Apabila saya membaca tentang kebaikan yogurt untuk kulit, saya rasa tak sabar pula nak mencubanya. Kononnya dalam masa yang singkat dah boleh nampak keberkesanan yogurt ke atas kulit kerana yogurt mempunyai lactic acid.

Lactic ccid adalah sejenis alpha hydroxy acid yang membantu membuang sel-sel mati, meningkatkan penampilan kulit dan mengurangkan kemunculan kedut pada kulit. Menurut University of Maryland Medical Center, lactic acid juga boleh menggalakkan kulit untuk menghasilkan elastin dan kolagen yang berperanan membuat kulit kelihatan muda dan sihat.

image

Yogurt yang mengandungi mineral zink dan antioksidan serta vitamin A dan C,
membantu kulit kelihatan segar. Yogurt organik adalah lebih baik kerana ia tidak mengunakan susu dari lembu yang dirawat oleh antibiotik dan hormon.

Saya akan cuba yogurt ke atas kulit muka dan selepas sebulan nanti nak tanya suami dan anak-anak, ada perubahan tak? Kalau pujian datang bertalu-talu, nampaknya kosmetik yogurt ini bolehlah diamal selalu hehe.. 🙂

Cara yang disyorkan, sapu yogurt ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas seperti biasa.

Nota:Sesetengah orang mungkin alah kepada yogurt. Jika kulit mendapat kemerahan atau kesan sampingan lain, berhentilah menggunakan rawatan yogurt.

Oh ya jangan la pulak letak yogurt berperisa, nanti lain jadinya hahaha

Bacaan tambahan:


5 ways yogurt keeps skin glowing & gorgeous


Homemade wrinkle facial with organic yogurt