Khasiat Thyme.

Thyme merupakan herba yang mampu untuk menyembuhkan sebilangan penyakit, InsyaAllah. Ia dikatakan dapat meningkat aliran air kencing, merawat senggugut dan simptom PMS. Thyme juga digunakan sebagai tonik yang sangat baik untuk stres, migrain, kemurungan dan masalah lain pada sistem saraf serta digunakan juga untuk merawat jangkitan pada usus dan paru-paru.

image

Teh herba thyme adalah minuman kesihatan yang popular. Thymol yang terdapat dalam thyme adalah antioksidan yang kuat yang boleh membantu meningkatkan lemak yang sihat dalam sel-sel otak. Berkumur dengan air suam thyme dan minum sedikit2 teh thyme boleh membantu melegakan batuk, sakit tekak dan gejala bronkitis. Teh thyme sering disyorkan oleh pengamal perubatan herba untuk menggalakkan penghadaman yang baik serta melegakan kembung dan senak perut. Ia juga boleh membantu melegakan kekejangan usus.
Pengambilan thyme dengan kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kesan sampingan seperti gangguan fungsi tiroid dan juga keracunan. Simpton kurang serius adalah akan muntah, cirit birit dan pening.

Cara mengambil:
Rendam 2 tsp thyme ke dalam 1 cawan air panas (tutup cawan) selama 10 minit. Tapis dan minum 3 kali sehari selepas makan.

Herba boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan dan menyebabkan kesan sampingan. Dapatkan nasihat doktor jika bercadang untuk mengambil mana-mana herba untuk setiap hari atau untuk tempoh masa yang panjang, terutama jika anda sedang mengambil ubat atau sedang menjalani rawatan perubatan.

Ref:
HERBS The Healing Nature

Health Benefits of Thyme

Bau badan memalukan!

Mengapakah sesetengah orang mempunyai bau badan yang kuat? Bau badan adalah satu subjek yang sensitif untuk diperkatakan. Malahan bau badan boleh membuat seseorang itu berasa malu, rendah diri, kecewa, bimbang dan murung. Walaubagaimanapun isu ini perlu di tangani kerana ia adalah penting terutama bagi hubungan peribadi kerana bau badan boleh menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan. Masalahnya ramai dikalangan mereka yang mempunyai masalah bau badan tidak menyedari hakikat tersebut.

Apakah yang menyebabkan bau badan?
Semua orang berpeluh dan peluh sebenarnya tidaklah berbau tetapi ia boleh menyebabkan bakteria membiak hidup di atas kulit. Bau badan adalah gabungan peluh dan bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada ‘ aromatic fatty acids’ yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Badan berbau boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubat-ubatan tertentu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan.

Bau badan boleh diatasi dengan membersih badan, membasuh dengan sabun setiap hari terutama di bahagian ketiak, paha dan kaki dimana terdapat banyak kelenjar yang menghasilkan peluh. Adalah disyorkan juga kita mencari produk yang baik untuk mendetoksifikasikan badan sekurang-kurangnya sekali sebulan. Cara ini dikatakan dapat membuang ‘sisa’ dari badan yang menjadi punca bau badan.

‘Wheat grass’ dikatakan berkesan membantu mengurangkan bau badan kerana klorofil yang terdapat di dalam wheat grass boleh menghapuskan bahan kimia yang menyebabkan bau badan. Kerap makan herba parsley juga membantu menyingkirkan bau badan disamping minum air dengan cukup untuk membuang toksin dari badan.

Jika kita telah mencuba segalanya tetapi masih tidak berjaya, mungkin cara terbaik ialah bertemu doktor untuk ujian darah, sebab ada kemungkinan masalah bau badan bukan disebabkan oleh kebersihan diri.
Perubahan dalam bau badan yang luar biasa boleh juga menjadi tanda ada masalah kesihatan seperti kencing manis, kegagalan buah pinggang dan penyakit hati.

image

Melalui kajian untuk mencari ‘home remedies’ bagi menghilangkan bau badan, di antara penyelesaian yang saya temui yang berkemungkin boleh membantu ialah:

1) 2 sudu teh cuka epal sider dan 2 sudu teh madu organik, 3 kali sehari semasa perut kosong, dikatakan dapat melihat hasilnya dalam seminggu
2) Activated carbon dapat mengurangkan peluh dengan ketara. Diambil semasa perut kosong.
3) Gabungan 1 sudu teh cecair klorofil dengan 1 mililiter kecil ekstrak sage dengan segelas air atau jus buah
4) Minum jus tomato
5) Rendam kapas dalam baking soda dengan jus lemon dan sapukan pada ketiak. Ini adalah cara yang berkesan untuk mengurangkan bau badan.
6) Elak makanan yang pedas seperti kari dan lada untuk mencegah masalah peluh berlebihan.

Ramai dikalangan kita sebenarnya tidak ada masalah bau badan walaupun makan berbagai-bagai jenis makanan seperti kari dan lada. Bagi mereka yang menghadapi masalah ini adalah diharapkan informasi yang diberi dapat membantu. Bagi yang tidak ada masalah Alhamdulillah… 😀