Percutian Di Sabah – 1

​Assalamualaikum…

Apa khabar anda semua? Saya, alhamdulillah sihat, cuma ada ketika tu sibuk sedikit. Lama juga kan saya tak update blog ni… 
Kali ini nak cerita serba sedikit percutian saya baru-baru ini dengan kawan2. Tak sangkalah pula, percutian di Sabah ini sangat menarik dan menyeronokkan.

Seperti biasa kami rancang percutian ini 4 bulan lebih awal. Kami ambil pakej under Sulaman Travel & Tour Sdn. Bhd. Kami ke sana tidak lama, cuma 4 hari 3 malam sahaja. Percutian kali ini hanya kami berlima saja kerana sahabat kami Zaidah terpaksa tarik diri di saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan…

Pada 13/10/16 jam 6 pagi kami semua bertemu di KLIA 2. Penerbangan ke Kota Kinabalu jam 7.50 pagi itu mengambil masa lebih 2 jam…

Sebelum menaiki pesawat, kami sarapan dulu..

Setiba saja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami teruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit

Perjalanannya agak mencabar juga, kalau tak tahan boleh pening kepala kerana jalannya berliku-liku dan mendaki bukit. Sepanjang perjalanan, pemandangan  kelihatan begitu indah dan nyaman dengan bukit bukau yang terbentang luas.. bila mendongak ke langit, langit di litupi kabus… cantik.

Dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan kemudian ke kaki Gunung Kinabalu sebelum singgah bermalam di Hotel Dream World 

PEKAN NABALU
 Di sini terdapat pelbagai jenis buah-buahan..

KINABALU PARK
Makan tengahari di Balsam Buffet Restaurant

KAKI GUNUNG KINABALU

Kami tiba di Hotel Dream World pada lewat petang. Pada pandangan saya hotel ni ok juga dan berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm. Cuaca di sini sejuk terutama di waktu malam. Kalau nak keluar di waktu malam perlulah pakai sweater.

Kami cuma menginap semalam je di sini. Esoknya, selepas sarapan kami ke Desa Cattle Dairy Farm, Canopy Walkway Poring, Kundasang War Memorial, Sabah Tea dan teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu….