​Assalamualaikum…

Apa khabar anda semua? Saya, alhamdulillah sihat, cuma ada ketika tu sibuk sedikit. Lama juga kan saya tak update blog ni… 
Kali ini nak cerita serba sedikit percutian saya baru-baru ini dengan kawan2. Tak sangkalah pula, percutian di Sabah ini sangat menarik dan menyeronokkan.

Seperti biasa kami rancang percutian ini 4 bulan lebih awal. Kami ambil pakej under Sulaman Travel & Tour Sdn. Bhd. Kami ke sana tidak lama, cuma 4 hari 3 malam sahaja. Percutian kali ini hanya kami berlima saja kerana sahabat kami Zaidah terpaksa tarik diri di saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan…

Pada 13/10/16 jam 6 pagi kami semua bertemu di KLIA 2. Penerbangan ke Kota Kinabalu jam 7.50 pagi itu mengambil masa lebih 2 jam…

Sebelum menaiki pesawat, kami sarapan dulu..

Setiba saja di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kami teruskan perjalanan ke Kundasang yang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit

Perjalanannya agak mencabar juga, kalau tak tahan boleh pening kepala kerana jalannya berliku-liku dan mendaki bukit. Sepanjang perjalanan, pemandangan  kelihatan begitu indah dan nyaman dengan bukit bukau yang terbentang luas.. bila mendongak ke langit, langit di litupi kabus… cantik.

Dalam perjalanan, kami singgah di Pekan Nabalu, Kinabalu Park dan kemudian ke kaki Gunung Kinabalu sebelum singgah bermalam di Hotel Dream World 

PEKAN NABALU
 Di sini terdapat pelbagai jenis buah-buahan..

KINABALU PARK
Makan tengahari di Balsam Buffet Restaurant

KAKI GUNUNG KINABALU

Kami tiba di Hotel Dream World pada lewat petang. Pada pandangan saya hotel ni ok juga dan berdekatan dengan Desa Cattle Dairy Farm. Cuaca di sini sejuk terutama di waktu malam. Kalau nak keluar di waktu malam perlulah pakai sweater.

Kami cuma menginap semalam je di sini. Esoknya, selepas sarapan kami ke Desa Cattle Dairy Farm, Canopy Walkway Poring, Kundasang War Memorial, Sabah Tea dan teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu….

Advertisements

2 thoughts on “Percutian Di Sabah – 1

  1. Lama tak bertandang ke sini… rupanya baru balik bercuti. Begitulah kami di sini… kalau jalan darat mesti lalu jalan berliku. Dari Kundasang ke Lahad Datu ambil masa 5 jam perjalanan he he heee…. selalunya kami ambil masa 7 jam lebih dari Lahad Datu untuk sampai ke Kota Kinabalu. Datang lagi ke Sabah ye!

    1. Memamg seronok ke Sabah. Dulu2 pernah pergi ke sana dgn suami tp tk pernah ke Kundasang. Lama jugakan klau dari Kundasang nk ke Lahad Datu.. insyaAllah ada rezeki mahu lg ke Sabah 🙂
      Btw saya telah cuba beberapa kali komen di blog Amie tp tidak berhasil. Tk tahu di mana silapnya ….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s