Yogurt dan kesihatan kulit.

Apabila saya membaca tentang kebaikan yogurt untuk kulit, saya rasa tak sabar pula nak mencubanya. Kononnya dalam masa yang singkat dah boleh nampak keberkesanan yogurt ke atas kulit kerana yogurt mempunyai lactic acid.

Lactic ccid adalah sejenis alpha hydroxy acid yang membantu membuang sel-sel mati, meningkatkan penampilan kulit dan mengurangkan kemunculan kedut pada kulit. Menurut University of Maryland Medical Center, lactic acid juga boleh menggalakkan kulit untuk menghasilkan elastin dan kolagen yang berperanan membuat kulit kelihatan muda dan sihat.

image

Yogurt yang mengandungi mineral zink dan antioksidan serta vitamin A dan C,
membantu kulit kelihatan segar. Yogurt organik adalah lebih baik kerana ia tidak mengunakan susu dari lembu yang dirawat oleh antibiotik dan hormon.

Saya akan cuba yogurt ke atas kulit muka dan selepas sebulan nanti nak tanya suami dan anak-anak, ada perubahan tak? Kalau pujian datang bertalu-talu, nampaknya kosmetik yogurt ini bolehlah diamal selalu hehe.. 🙂

Cara yang disyorkan, sapu yogurt ke muka dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas seperti biasa.

Nota:Sesetengah orang mungkin alah kepada yogurt. Jika kulit mendapat kemerahan atau kesan sampingan lain, berhentilah menggunakan rawatan yogurt.

Oh ya jangan la pulak letak yogurt berperisa, nanti lain jadinya hahaha

Bacaan tambahan:


5 ways yogurt keeps skin glowing & gorgeous


Homemade wrinkle facial with organic yogurt

Kolagen (Collagen) dan kesihatan kulit

Minggu lepas anak perempuan saya bertanya tentang kolagen. Katanya ramai orang mengambilnya. Bagus sangat ke kolagen ni?
Hmm..Pernahlah tahun lepas saya bincang dengan teman baik saya, Vee, seorang pharmacist, mengenai kolagen yang dijual di kedainya. Adakah kolagen yang terdapat dipasaran benar2 boleh memberi manfaat pada kulit?

Pada pandangan Vee, kolagen memang sangat berkesan untuk kulit, tapi bila dah mengambil suplemen kolagen ni, kena terus mengambilnya, tak boleh berhenti sebab kesannya nanti, kulit akan jadi lebih tak elok daripada sebelumnya.

Sehingga usia 35 tahun, kulit dikatakan masih mampu mengekalkan keanjalannya. Walau bagaimanapun selepas usia itu pengeluaran kolagen dari badan berkurangan dan kulit mula kurang menghasilkan sel-sel yang cukup sihat untuk menggantikan kulit yang lama.

Perbincangan dengan anak, membuat saya begitu berminat mengetahui tentang kolagen. Minggu lepas saya buat sedikit research tentang keberkesanan kolagen pada kulit dan apakah kesan sampingan, jika ada.

Apa sebenarnya kolagen ini? Apa yang boleh saya ringkaskan adalah seperti berikut.
Kolagen adalah sejenis protein yang kebanyakkan ditemui di dalam kulit, tulang, otot, tisu badan, tendon dan tulang rawan. Ia terdiri dari asid amino. Kolagen adalah penting untuk keanjalan kulit dan sebagainya. Dengan peningkatan usia, pengeluaran kolagen semakin berkurangan menyebabkan kulit menjadi semakin nipis, kurang elastik, kering dan berkedut. Terdapat berbagai cara, yang dibuat untuk menambah kolagen ke dalam badan. Tetapi adakah ia benar2 berkesan dan kekal lama? Ada ramai yang mengambil supplement ini setiap hari mendakwa bahawa ia membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan membuat kulit kelihatan muda dan cantik. Ada berpendapat suplemen kolagen lebih berkesan apabila diambil bersama vitamin C. Bagi suntikan kolagen pula ia dikatakan boleh membantu meremajakan dan memperbaiki warna kulit. Suntikan kolagen biasanya boleh bertahan selama 3~6 bulan bagi mengekalkan kecantikan kulit. Bagi sesetengah orang, mengambil suntikan kolagen boleh mendapat alahan, seperti gatal, bengkak dan kemerahan.

Terdapat 3 cara mengambil kolagen untuk kulit, boleh diambil dalam bentuk krim, makan atau suntikan….

untuk maklumat lanjut, boleh klik di bawah:
Collagen cream a waste of money

The effect of collagen supplements on skin