Minggu lepas anak perempuan saya bertanya tentang kolagen. Katanya ramai orang mengambilnya. Bagus sangat ke kolagen ni?
Hmm..Pernahlah tahun lepas saya bincang dengan teman baik saya, Vee, seorang pharmacist, mengenai kolagen yang dijual di kedainya. Adakah kolagen yang terdapat dipasaran benar2 boleh memberi manfaat pada kulit?
Pada pandangan Vee, kolagen memang sangat berkesan untuk kulit, tapi bila dah mengambil suplemen kolagen ni, kena terus mengambilnya, tak boleh berhenti sebab kesannya nanti, kulit akan jadi lebih tak elok daripada sebelumnya.
Sehingga usia 35 tahun, kulit dikatakan masih mampu mengekalkan keanjalannya. Walau bagaimanapun selepas usia itu pengeluaran kolagen dari badan berkurangan dan kulit mula kurang menghasilkan sel-sel yang cukup sihat untuk menggantikan kulit yang lama.
Perbincangan dengan anak, membuat saya begitu berminat mengetahui tentang kolagen. Minggu lepas saya buat sedikit research tentang keberkesanan kolagen pada kulit dan apakah kesan sampingan, jika ada.
Apa sebenarnya kolagen ini? Apa yang boleh saya ringkaskan adalah seperti berikut.
Kolagen adalah sejenis protein yang kebanyakkan ditemui di dalam kulit, tulang, otot, tisu badan, tendon dan tulang rawan. Ia terdiri dari asid amino. Kolagen adalah penting untuk keanjalan kulit dan sebagainya. Dengan peningkatan usia, pengeluaran kolagen semakin berkurangan menyebabkan kulit menjadi semakin nipis, kurang elastik, kering dan berkedut. Terdapat berbagai cara, yang dibuat untuk menambah kolagen ke dalam badan. Tetapi adakah ia benar2 berkesan dan kekal lama? Ada ramai yang mengambil supplement ini setiap hari mendakwa bahawa ia membantu melambatkan tanda-tanda penuaan dan membuat kulit kelihatan muda dan cantik. Ada berpendapat suplemen kolagen lebih berkesan apabila diambil bersama vitamin C. Bagi suntikan kolagen pula ia dikatakan boleh membantu meremajakan dan memperbaiki warna kulit. Suntikan kolagen biasanya boleh bertahan selama 3~6 bulan bagi mengekalkan kecantikan kulit. Bagi sesetengah orang, mengambil suntikan kolagen boleh mendapat alahan, seperti gatal, bengkak dan kemerahan.
Terdapat 3 cara mengambil kolagen untuk kulit, boleh diambil dalam bentuk krim, makan atau suntikan….
untuk maklumat lanjut, boleh klik di bawah:
Collagen cream a waste of money
mmg nak try kolagen mentah yg mcm seaweed tu, x tahu la ok ke tak 🙂
Saya pernah baca, guna serbuk chlorella jadikan mask sangat baik untuk kulit. Rasa macam nak cuba petua tu. 😉 Tentang kolagen mentah yang macam seaweed, tak tahu ok ke tidak.
i penah try 2 brands of collagen drink tapi sebab i tak consistent, i dont see any effects la. maybe kena try a few boxes baru nampak kesan kot.
Ada berpendapat, setelah mencuba suplemen kolagen untuk beberapa waktu, masih tidak mendapat hasil yang memuaskan, lebih baik berhenti saja…
Puan, L glutathione tu apa ye. Ada tulis di kebanyakan kotak collagen.
Salam. L glutathione adalah antioksidan yang kuat dan larut air. Kekurangan L glutathione dikaitkan dengan penuaan dan mudah mendapat penyakit. Glutathione boleh didapati dalam buah, sayur dan daging. Ada berpendapat mengambil suplemen glutathione boleh juga memutihkan kulit.
selepas membuat suntikan..iannya bengkak dan merah..apa cadangan?
Kalau serius mungkin baik jumpa doktor. Kawan saya pernah mengalami bengkak dan merah yang sangat teruk dan menanggung keadaan itu agak lama. Alhamdulillah akhirnya ok.