Psyllium Husk dan kesihatan Usus.

Saya selalu kata pada anak2, kesihatan badan bermula dengan kolon yang sihat.

image

image
(Psyllium Husk berasal daripada tumbuhan)

Kandungan serat yang tinggi bertindak melincir dan membersihkan usus dengan serentak. Psyllium Husk juga bertindak sebagai berus untuk menyingkirkan kotoran2 yang melekat pada dinding2 usus tanpa memberi kesan sampingan.
Bila mengambil psyllium husk, perlulah minum air dengan banyak kerana ia akan menjadi kembang dan dapat berfungsi dengan lebih berkesan. Baik untuk sembelit, dan juga cirit birit.

Dikatakan juga psyllium husk boleh mengimbangi tekanan darah dan menurun kadar kolesterol ldl.

Benarkah penyakit bermula dari pengabaian kita terhadap kesihatan usus? Sama2 lah kita cari jawapan…….

Khasiat minyak zaitun.

Saya suka mengambil minyak zaitun. Tapi oleh kerana mengambilnya setiap pagi semasa sarapan, akhirnya timbul rasa jemu dan muak. Saya tukar pula kepada minyak biji anggur. 😀

image

Ternyata kelebihan minyak ini dapat menurunkan kadar kolesterol ldl dan meningkat hdl.

image
Sangat menarik isi kandungan buku ini.

Pengalaman seorang teman yang mengalami kebas pada tangan, katanya rasa kebas ditangannya hilang apabila dia mengambil minyak zaitun pada waktu pagi dan malam; 5~6 tbsp sehari . Ramai juga kawan saya yang mengalami kebas terutama  ketika bangun tidur diwaktu pagi. Bolehlah cuba, mungkin dapat menyelesaikan masalah kebas-kebas.

Minyak zaitun menguatkan akar rambut tetapi kenalah rajin minyakkan rambut dan menyihatkan badan. Terdapat setengah penduduk di negara barat mengambil minyak zaitun sebagai tonik. Ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung, mengawal proses penghadaman dan berkesan untuk ulser. Mengikut kajian yang dijalankan dinegara barat, minyak zaitun dapat mencegah dari mendapat kanser payu dara, menghalang pembentukan kanser kolon dan boleh membantu pesakit gastrik.

Ada yang mengatakan ambil minyak zaitun boleh menaikkan berat badan. Mungkin juga ya. Tapi bagi saya tidaklah pula. Dikatakan, sering gosok minyak zaitun pada kulit boleh melembut dan menghaluskan kulit. Bolehlah dicuba…. untuk awet muda! Mana tahu mungkin boleh hilangkan ‘ wrinkles ‘ . 😉

Khasiat cuka epal

Cuka epal mengadungi banyak nutrien, galian, vitamin, asid dan enzim. Boleh membantu mempertingkatkan kesihatan badan.

image

Selain boleh melambatkan proses penuaan, cuka epal juga mampu memecahkan pembentukan kolesterol dalam saluran darah.
Di samping itu juga  boleh mengawal tekanan darah tinggi, gout, membersih buah pinggang, meningkat metabolisma badan dan juga menghilangkan masaalah sembelit.

image
Buku ini menerangkan lebih banyak lagi manfaat cuka epal untuk kesihatan badan.

Boleh melangsingkan badan:
1 sudu makan cuka epal + 1 sudu makan madu + 1 gelas air suam, jangan guna air panas nanti musnah enzim yang terdapat didalam madu dan cuka epal. Minum semasa perut kosong diwaktu pagi dan petang.

Sebenarnya nak kuruskan badan senang je. Kurangkan makan manis, kurang makanan berlemak dan berminyak dan kurang ambil karbohidrat. Pasti berat badan turun dengan cepat. Tapi mampukah kita kurangkan pengambilan itu semua demi untuk memiliki tubuh badan yang menarik?

Entah le, rasanya kena tepuk dada tanya selera! 😉
Â