Hari ni tiba-tiba terasa nak makan sesuatu yang baru. Jadi saya pun cubalah resipi ini yang saya reka sendiri. Alhamdulillah the dish turn out to be wonderful, I think so! 😀
Bahan-bahan:
1) 1/2 kilo daging batang pinang, dihiris lebar dan nipis
2) 1 1/2 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh jintan putih ditumbuk hancur
3) 1/2 sudu teh jintan manis ditabur semasa mengoreng daging
4) 7~8 ulas bawang putih, diketuk dan dicincang
5) 3 sudu besar kicap dan garam secukup rasa
Caranya:
1) Daging, jintan yang ditumbuk dan kicap digaul hingga sebati dan diperap selama 1 jam.
2) Panaskan 1 cawan minyak dan goreng daging seperti biasa. Kemudian masukkan bawang putih, biji jintan manis, garam secukup rasa dan goreng hingga masak. Tuang daging ke dalam penapis dan toskan.
Dah pun boleh dihidang.
Selamat mencuba.. 😉
Ini makan dengan nasi panas, memang sedap nih. Ataupun kalu ada nasi himpit plus kuah lodeh… Oh layan!
Betul tu, tadi berselera sangat makan nasi, 🙂
adeehhh… nampak sungguh sedap, kalau ada depan mata ni, terus cari sepiring nasi putih panas!
Bolehlah amie cuba nanti, memang sedap. 🙂
macam rupa masak kicap manis lar pulak ea..
Kasih, you know what..you can try experimenting your dishes with some of the herbs from the shop..dah terbayang bau daging campur herba…
Good Luck (Y)
Good idea! Nanti nak try… Tq. 😉
welcome.. 😉