Walaupun terdapat pelbagai jenis teh seperti teh hijau, teh hitam, teh oolong dan teh puerh yang mempunyai komposisi kimia yang berbeza, namun semua teh ini datang dari pokok teh,Β  camellia sinensis. Teh Puerh terbaik dikatakan dihasilkan di daerah pergunungan terkenal di Yunnan. Apa yang unik tentang teh puerh ini adalah ia menggalakkan aktiviti mikrob yang dipercayai mempunyai manfaat perubatan, termasuk antikulat dan ciri-ciri anti radang.

image
Teh puerh ni dibeli lebih 12 tahun yang lalu.

image
Yang ini pula dibeli pada 6 tahun lepas.

image
Beli teh puerh ni pada tahun lepas.

Kajian terhadap teh puerh telah menunjukkan beberapa manfaat kesihatan seperti merendahkan paras kolesterol, tekanan darah dan gula darah, meningkatkan aliran dan peredaran darah, menenangkan saraf, mengurangkan tekanan stres, membantu menghalang pembentukan dan pertumbuhan sel-sel kanser, membantu pencernaan makanan, memecahkan dan mengurangkan lemak dalam sistem, membantu membuang toksin, menurun berat badan serta meningkatkan flora bakteria dalam usus. Dalam perubatan tradisional cina, teh puerh dipercayai boleh mencergaskan limpa, dan mengurangkan haba dalam perut.

Teh puerh dihasilkan dengan daun teh yang dipanaskan untuk memusnahkan enzim dan kemudian melalui proses penapaian. Aroma dan rasa teh puerh ini berbeza dari teh yang lain. Teh puerh biasanya di minum selepas beberapa tahun diproses, lebih lama lebih berharga nilainya.Teh puerh yang terbaik begitu sangat berharga dan boleh mencecah harga ribuan ringgit.

Teh puerh tiada tarikh luput sebab lagi lama disimpan lagi baik. Walaubagaimana pun teh puerh ini perlu dijaga dengan baik, kalau tidak ia akan rosak juga.

Kalau dah bosan dengan teh tarik boleh lah cuba teh puerh ni pulak πŸ™‚

Sumber:

Pu-erh Tea


Health benefits of Pu erh Tea

Dll.

Advertisements

6 thoughts on “Khasiat teh puerh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s