Minyak masak

Kita menggunakan minyak masak setiap hari. Terdapat kebaikan dan keburukan dalam penggunaan minyak masak terhadap kesihatan kita. Minyak menjadi sumber tenaga dan membantu penyerapan vitamin kepada tubuh badan kita. Keburukan? Bila diambil secara berlebihan akan menyebabkan obesiti yang menyumbang kepada masalah jantung.

image

Minyak sawit mengandungi asid lemak tepu yang tinggi jadi bila digunakan pada suhu yang panas, struktur minyak lebih stabil. Ada kajian menunjukkan asid palmitic dalam minyak sawit neutral terhadap paras kolesterol. Apabila minyak di ulang guna, tahap kelikatan hidrokarbon dalam minyak akan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.

Minyak sayuran seperti zaitun, kacang soya, bijan, bunga matahari, kanola dan jagung mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ini menjadikan minyak ini sesuai untuk masakan tumis yang sekejap sahaja kerana minyak ini dikatakan tidak sesuai pada suhu yang sangat panas seperti mengoreng (deep fry) , yang akan menyebabkan ia mengeluarkan bahan toksik yang boleh meningkatkan paras kolesterol dalam badan.