Udang Asam

Assalamualaikum

Resipi hari ini ialah udang asam…

 

1448526083080

 

Bahan-bahan:

10 ekor udang besar dibuang kulit dan dibersihkan
8 ulas bawang merah dimayang nipis
4 ulas bawang putih dihiris nipis
Cili padi dihiris nipis
Air asam jawa secukupnya
Sedikit gula molasses/ gula merah dan garam

Caranya:

1) Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga bawang kekuningan
2) Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pekat dan terbit minyak
3) Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4) Akhir sekali besarkan api dan masukkan udang. Kacau sehingga masak.

Selamat mencuba 🙂