khasiat Pudina

Herba pudina mempunyai banyak nilai pemakanan dan ia digunakan secara meluas untuk merawat beberapa jenis penyakit.

Nilai perubatan pudina adalah disebabkan kandungan menthol, menthone dan ester menthyl. Sifat karminatif pudina boleh membantu senak, kembung perut dan sakit perut. Pudina mengandungi sejumlah besar mineral dan vitamin.

Pudina membantu meningkatkan penghadaman dan mengatasi masalah angin yang berlebihan di dalam perut, merawat jangkitan saluran kencing, kekejangan perut, selsema, cirit birit, dan menyegarkan nafas.

image
Selalunya bila nak minum teh pudina, saya beli yang telah dikeringkan dan organik.

Buku ini digunakan juga untuk rujukan tambahan
image

Minum teh herba pudina sebelum tidur boleh melegakan kekejangan otot, membantu tidur dengan selesa dan mewujudkan aliran hempedu yang lebih baik, penting untuk pencernaan lemak. Menthol dalam pudina sangat berkesan untuk menipiskan mukus dan memecah kahak dan boleh membantu melegakan kesakitan. Teh pudina sering disyorkan sebagai rawatan untuk demam.

image

Bagi mereka yang mengalami masalah gastrik yang berkaitan dengan asid perut yang berlebihan seperti refluks asid dan ulser tidak digalakkan minum teh pudina.

Rendam beberapa helai daun pudina yang matang ke dalam secawan air panas selama 3 hingga 5 minit dan minum ketika suam. Kalau nak maniskan teh ini masukkan sedikit madu.

Khasiat Halia.

Suatu ketika saya pernahlah tanam halia dibelakang rumah. Bila pucuk2 halia ni tumbuh hingga 6 inci, satu pagi datang pak haji memotong rumput dikawasan rumah. Di potongnya juga pucuk2 halia ni dan sehingga kini pokok halia dah terbantut, tak tumbuh lagi.  😦

Saya suka sangat makan halia muda. Selalunya saya akan hiris nipis halia muda, bawang besar dan sedikit cili merah dan masukkan sedikit garam, madu dan cuka epal. Gaul rata dan biarkan selama 30minit dan makan dengan nasi dan ikan bakar atau ikan goreng. Bagi saya itu dah cukup menyelerakan. Halia muda rasanya kurang pedas berbanding dengan halia yang tua/matang.

Halia mengandungi banyak khasiat. Sering digunakan orang yang mengalami masalah angin dalam badan,  melegakan rasa mual dan loya, melancarkan perjalanan darah, membantu proses penghadaman dan masalah kekejangan perut.

Berbagai cara boleh diambil. Halia ditumbuk dan jus boleh dimasukkan kedalam air suam atau dihiris nipis dan campur kedalam minuman teh. Tidak ada kesan sampingan melainkan kalau ambil terlalu banyak akan menyebabkan suhu badan meningkat dan boleh juga berlaku cirit birit.

Sekarang ni susah benar nak dapat halia segar. Kebanyakkan halia yang dijual disupermarket dan dipasar2 malam  direndam dengan air terlebih dahulu. Harga halia ini tak le mahal, sekilo hampir lima ringgit. Ada halia yang berkualiti tinggi dan segar, rasa lebih baik tetapi sangat mahal, sekilo lebih dari duapuluh ringgit. Halia ini memang sangat bermutu.

image
Halia sering dimasukkan kedalam masakkan.

image
Terdapat halia didalam kapsul di jual di Guardian, Vita care, Farmasi dan Himalaya.

Saya sentiasa stok satu atau dua botol halia dirumah kerana saya tahu khasiat halia untuk kesihatan badan. InsyaAllah.

image
Bagi saya buku ni banyak informasi yang sangat menarik untuk kita baca..