Suatu ketika saya pernahlah tanam halia dibelakang rumah. Bila pucuk2 halia ni tumbuh hingga 6 inci, satu pagi datang pak haji memotong rumput dikawasan rumah. Di potongnya juga pucuk2 halia ni dan sehingga kini pokok halia dah terbantut, tak tumbuh lagi.  😦

Saya suka sangat makan halia muda. Selalunya saya akan hiris nipis halia muda, bawang besar dan sedikit cili merah dan masukkan sedikit garam, madu dan cuka epal. Gaul rata dan biarkan selama 30minit dan makan dengan nasi dan ikan bakar atau ikan goreng. Bagi saya itu dah cukup menyelerakan. Halia muda rasanya kurang pedas berbanding dengan halia yang tua/matang.

Halia mengandungi banyak khasiat. Sering digunakan orang yang mengalami masalah angin dalam badan,  melegakan rasa mual dan loya, melancarkan perjalanan darah, membantu proses penghadaman dan masalah kekejangan perut.

Berbagai cara boleh diambil. Halia ditumbuk dan jus boleh dimasukkan kedalam air suam atau dihiris nipis dan campur kedalam minuman teh. Tidak ada kesan sampingan melainkan kalau ambil terlalu banyak akan menyebabkan suhu badan meningkat dan boleh juga berlaku cirit birit.

Sekarang ni susah benar nak dapat halia segar. Kebanyakkan halia yang dijual disupermarket dan dipasar2 malam  direndam dengan air terlebih dahulu. Harga halia ini tak le mahal, sekilo hampir lima ringgit. Ada halia yang berkualiti tinggi dan segar, rasa lebih baik tetapi sangat mahal, sekilo lebih dari duapuluh ringgit. Halia ini memang sangat bermutu.

image
Halia sering dimasukkan kedalam masakkan.

image
Terdapat halia didalam kapsul di jual di Guardian, Vita care, Farmasi dan Himalaya.

Saya sentiasa stok satu atau dua botol halia dirumah kerana saya tahu khasiat halia untuk kesihatan badan. InsyaAllah.

image
Bagi saya buku ni banyak informasi yang sangat menarik untuk kita baca..

2 thoughts on “Khasiat Halia.

    1. Biasanya yang saya tahu ginger oil digunakan untuk massage atau disapu pada badan bagi tujuan melegakan rasa lenguh atau sengal dll. Halia boleh diambil sebelum atau selepas mkn. Pernah dengar org ambil beberapa titik ginger oil dicampur dengan air tapi saya tak pernah buat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s