Buah Tin

Assalamualaikum..

Semalam saya beli 4 biji buah tin segar dengan harga RM18.50, mmm..mahal juga buah ini. Selalunya saya beli yang kering dan harganya jauh lebih murah.

Buah Tin dan ada juga panggil buah ini, Buah Ara. Rasanya yang manis dan unik dan teksturnya lembut dan lemak serta mengandungi banyak biji-biji halus yang boleh dimakan.

Terdapat beberapa jenis dan yang paling popular adalah; kulit kehitaman ungu dan isinya bewarna merah jambu, kulit kuning kehijauan dan kulit ungu dan isi merah.

Buah tin tinggi kandungan gula semulajadi, kaya dengan mineral dan sumber yang baik vitamin antioksidan serta serat larut.
Kerap makan buah tin boleh mendapat banyak manfaat kepada kesihatan seperti;
Mengurang risiko kanser, mengurang keletihan, mencegah anemia, merawat jangkitan paru-paru dan pundi kencing, merawat sembelit kronik dan buasir, merangsang pengeluaran susu ibu dan remedi untuk jangkitan penafasan.

image

image

Menurut Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah, buah tin dapat mengurangkan penyakit sesak nafas, membersih hati dan limpa, menghilangkan kahak serta melawan racun di dalam badan.

Ibnu Sina mengesahkan bahawa buah tin sangat baik untuk wanita hamil dan menurut Ar-Razi, buah tin boleh mengurangkan keasidan dan mengelak kesan tidak baik dalam badan.

Minum air rendaman daun pokok tin, melegakan batuk, merawat masalah kitaran haid dan jangkitan gusi.

Rujukan:

Imam Ibn Qayyim Al-Jauziyah: MEDICINE of the PROPHET S.A.W

Yusuf Al Hajj Ahmad: Islamic Medicine
The key to a better life

Perilla

Perilla adalah tumbuhan herba yang banyak terdapat di Korea, Jepun, India dan Nepal. Baunya agak wangi dan rasanya sedikit pedas. Daun perilla ini dimakan mentah atau dicelur.

Orang Korea akan meramas daun ini dan memasukkan ke dalam hidung bagi merawat sakit kepala dan menghilangkan keletihan.

Daun ini kaya dengan nutrients, vitamins dan omega 3 fatty acids, khususnya alpha-linolenic acid dan juga mempunyai ciri-ciri anti radang.

image

image

Menurut The Medical Details of Herbal Plants; daun perilla membantu menghilangkan bau, membantu aliran tenaga dan menguatkan limpa serta perut. Ia juga boleh melegakan batuk berkahak, meningkatkan buang air kecil dan menyahkan toksik keracunan ikan.

Menurut Penyelidikan di Korea, daun perilla didapati mengandungi bahan-bahan aktif yang boleh menghapuskan dari badan sodium nitrite, yang lazimnya terhasil dari memakan daging yang diawet. Daun perilla juga kaya dengan vitamin A & C dan klorofil yang boleh memberi perlindungan terhadap kanser dan menghalang terhadap pembentukan dan pertumbuhan tumor. Serat yang terkandung dalam daun perilla membantu meningkat proses penghadaman dan membantu badan menyahkan sisa toksik. Daun perilla ini juga sarat dengan flavonoid yang dikenali sebagai anti kedut dan anti penuaan.

Bagaimana? Adakah anda bersedia untuk mencuba perilla? 🙂

Korean Perilla