Khasiat Biji Teratai

Pokok herba aquatik ini tumbuh di dalam air dan menghasilkan rizom yang berkhasiat untuk kesihatan. Manakala bunganya pula menghasilkan biji yang boleh dimakan mentah.

Dalam perubatan tradisional Cina, biji teratai dikatakan dapat memberi manfaat pada jantung, limpa, buah pinggang, mencegah insomnia dan menenangkan saraf. Air rebusan biji teratai diminum untuk merawat cirit birit dan penyakit keputihan. Ia juga dikatakan boleh meningkat selera makan.

Dipercayai biji teratai mengandungi enzim anti penuaan dan kini penyelidik mencari jalan untuk menggunakan biji teratai dalam produk anti-penuaan untuk kosmetik masa kini.

image

Resipi hari ini ialah Sup Ayam Biji Teratai yang sesuai dihidangkan pada waktu sarapan pagi dan makan malam.

image

Bahan-bahan:

1) 80g biji teratai
2) 1/2 ekor ayam kampung bahagian dada
3) 50g mentega
4) 1/4 tsp serbuk kasar lada hitam
5) 2~3 tbsp tepung gandum dikacau dengan sedikit air (lebihkan kalau suka pekat)
6) 50g daun bawang dihiris
7) 4 1/2 cawan air
8) Garam secukup rasa

Cara:

1) Biji teratai direndam semalaman dan direbus sehingga masak dan lembut. (Mengambil masa agak lama untuk lembutkan biji teratai)
2) Ayam direbus dengan 4 1/2 cawan air sehingga mendidih dan kemudian reneh sehingga masak. Bila sejuk daging ayam dicarik-carik
3) Masukkan biji teratai dan daging ayam ke dalam air rebusan ayam. Masak di atas api kecil. Reneh selama 20 minit
4) Masukkan mentega, lada hitam dan tepung gandum. Kacau sehingga rata
5) Mendidih padam api. Masukkan daun bawang.

Selamat mencuba

Rujukan:
Healing properties of lotus seeds, kushi institute

Ong Hean Chooi: Sayuran
Khasiat makanan & Ubatan

Bunga Kantan

Bunga kantan digunakan sebagai ulam perasa dan perisa makanan. Ia juga membangkitkan bau pada masakan.

image

Ekstraks kantan bersifat antimikrob dan antibakteria.
Bunga kantan dimakan mentah atau rebusan airnya diminum untuk mewangikan badan. Air rebusan daun kantan digunakan untuk mencuci kudis dan luka. (Sumber: Rempah-ratus, Ong Hean Chooi)

Kantan boleh digunakan untuk mengubati penyakit bengkak dan meningkatkan selera makan.
Dikata air rebusan bunga kantan berkesan merawat gout, dengan merebus 3 batang bunga kantan dengan 4.5L air sehingga tinggal 3L dan minum 3 hari berturut-turut.

Saya baru je tahu rupanya batang kantan ni digunakan untuk membuat tikar dan daunnya pula digunakan sebagai pembungkus makanan. Hmm… selalu dok jumpa tikar mengkuang, kalau jumpa tikar buatan batang kantan, bolehlah beli.. 🙂