Monkey head Mushroom

Semalam semasa di pasar tani, ketika saya sedang melihat sayur-sayur, tiba-tiba saya ternampak cendawan Monkey Head /Kepala Monyet yang dikenali juga sebagai Yamabushitake Mushroom atau Lion’s Mane Mushroom. Saya begitu excited kerana bukan senang nak jumpa cendawan segar ini. Cendawan ini tidaklah mahal sangat, RM 20 per kg.

Anyway, jom kita baca apa kelebihan cendawan ini….
Ramai mengambil cendawan sebagai makanan tambahan untuk kesihatan umum. Kita tahu bahawa cendawan mengandungi sebatian aktif anti kanser, anti hipertensi, anti diabetik dan lain-lain ciri terapeutik. Begitu jugalah dengan cendawan kepala monyet ini. Ia juga mempunyai banyak ciri-ciri perubatan…
Selain daripada anti-penuaan, ekstrak cendawan ini dikatakan mempunyai beberapa kesan yang baik terhadap fungsi otak. Dalam perubatan herba, cendawan ini dikatakan boleh mengurangkan kerosakan saraf dan sistem saraf. Anyway, sebelum beli sebarang produk cendawan ini bincanglah atau dapatkan nasihat doktor atau pakar herba…

image

image

image

image

Rasa cendawan ini lebih kurang macam cendawan yang lain. Bagi saya tidaklah sedap sangat kalau nak dibandingkan dengan cendawan eryngii. Cendawan ini sedap dimasak sup tapi oleh kerana saya dah pun masak tomyam, jadi saya goreng je cendawan ini. 🙂

Dikatakan ada juga orang yang mengambil cendawan ini mengalami asma dan alahan. Jadi jika anda terdedah kepada alahan cendawan – berhati-hatilah ya..

Yamabushitake Medicinal Mushroom For Anti-Aging
.
Lion’s Mane
.
Lion’s Mane Mushroom For Nerve Damage

.
Monkey Head Mushroom

Fakta Menarik

Sewaktu membelek surat khabar Berita Harian, ternampak beberapa perkara yang menarik perhatian saya!!

  • Berat otak manusia hanya 2 peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang di sedut ketika berehat atau tidur. (3 sept)
  • ketika tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10 trilion sel saraf perlu dipelihara. (2 sept)
  • Dianggarkan 4.7 hingga 6.6 litre darah dalam tubuh lelaki manakala 3.8 hingga 5.7 litre bagi perempuan. (25 ogos)
  • Pisang mempunyai kandungan vitamin B Kompleks yang tinggi dan dapat membantu menenangkan sistem saraf. (22 ogos)
  • Pakar perubatan Amerika, Dr Alan Cott, membuktikan puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian perbandingan ke atas sekumpulan orang yang kerap berpuasa dan tidak berpuasa menunjukkan mereka yang berpuasa memperolehi skor lebih tinggi. (10 ogos)
  • Pemenang anugerah Nobel kedoktoran, Dr Akexis Carel, menyatakan puasa dapat bersihkan penafasan manusia. (9 ogos)

Pemakanan sihat untuk menghadapi SPM

Peperiksaan SPM dah tak lama lagi. Mulai saat ini nak kena jaga kesihatan. Makan kena betul, tidur kena cukup dan hmm…buku kena baca!!

Teringat saya ketika tiga anak saya nak menghadapi peperiksaan, Ooo rasa macam saya yang nak ambil periksa. Tak berhenti berdoa, sembahyang hajat, beli vitamin dan bagi makanan yang berkhasiat, supaya mereka sihat, ceria dan tidak ‘stress’ dan memastikan persekitaran yang selesa untuk mengulangkaji pelajaran.

Saat nak menghadapi peperiksaan sangat meletihkan. Perlu ada persiapan mental, emosi dan fizikal untuk mengendali tekanan peperiksaan. Berikut adalah beberapa tips makanan yang saya rasa mungkin boleh membantu anak agar sihat dan cerdas sepanjang masa peperiksaan.

image

1/ Galakkan minum air sebab aktiviti belajar merangsang minda, dan otak tidak boleh berfungsi dengan baik bila kekurangan air (boleh dapat sakit kepala atau migrain)

2/ Jus sayur, buah dan kekacang, kaya dengan vitamin, mineral dan protein, dapat membantu mengekalkan ingatan.

3/ Elakkan minuman yang mengandungi kafein, kerana ia boleh membuat minda letih

4/ Minum air rebusan buah pelaga + kulit kayu manis, kerana rempah ini membantu minda menjadi lebih fokus

5/ Ambil supplement minyak ikan kerana ia kaya dengan omega 3 yang sangat baik untuk otak

6/ Ambil juga Vitamin B kompleks, untuk meredakan stress

7/ Kurangkan makanan yang berlemak, kerana ia boleh membuat rasa lembap dan mengantuk.

walaupun diet seimbang membantu fungsi otak, tapi mestilah seiring dengan senaman, rehat dan tidur yang mencukupi kerana ia akan meredakan stress dan juga membantu perasaan lebih tenang ketika menghadapi peperiksaan….