Pecans

Satu kajian penyelidikan dari Loma Linda University (LLU), yang telah disiarkan dalam journal of nutrition, menunjukkan bahawa antioksidan semulajadi yang terdapat di dalam kacang pecan boleh membantu kepada kesihatan jantung dan pencegahan penyakit.

Pecan kaya dengan vitamin E yang dikenali sebagai gamma-tocopherols, protein dan serat. Kajian mendapati selepas memakan kacang pecan, tahap gamma-tocopherols dalam badan akan meningkat dua kali ganda dan paras LDL di dalam darah menurun hampir sebanyak 33%. Menurut penyelidik dari LLU, makan pecan meningkatkan jumlah antioksidan yang sihat di dalam badan. Kesan perlindungan ini adalah penting dalam membantu untuk mencegah pelbagai penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

image

image
Kacang pecan juga kaya dengan oleic acid-sama jenis dengan asid lemak yang ditemui dalam minyak zaitun. Ujian makmal telah menunjukkan bahawa oleic acid mempunyai keupayaan menghalang aktiviti gene dalam sel-sel yang dianggap mencetuskan kanser payudara.

Dr. Jonny Bowden, Ph.D and clinical nutritionist menulis dalam bukunya “The 150 Healthiest foods on Earth”, bahawa pecan sebenarnya adalah antara makanan yang paling berkhasiat apabila tidak disaluti dengan gula. Pecan mengandungi Vitamin K, juga dikenali sebagai phylloquinone. Tanpa vitamin K, kalsium dan mineral lain seperti magnesium tidak dapat menyerap ke dalam tulang.

Menurut University of Maryland Medical Center, tahap rendah vitamin K dikaitkan dengan osteoporosis. Vitamin K boleh membantu mengurangkan risiko keretakan tulang dan meningkatkan ketumpatan tulang.

Walaupun pecan baik untuk kesihatan, ia tinggi kalori. Jadi kalau merancang nak menurunkan berat badan tak bolehlah makan banyak… 😀


Antioxidants in pecans may contribute to heart health and disease prevention.

Vitamin K in Pecans