My Favourite dessert

Saya namakan dessert ni CHEESY BAKED BANANA

Resipi ni sangat mudah dan simple. Panaskan oven dahulu….

image

1 mangkuk pisang. Lupa nak kira berapa biji pisang hahaha….

image

3 kiub (3″) philadelphia soft cheese, 11/2″ butter, 1/2 tbsp minyak zaitun dan 1 tbsp honey. Panas atas api yang kecil sehingga butter hampir2 nak cair, angkat dan kacau sebati.

image

Hmm.. dah sebati

image

Masukkan pisang dan kacau perlahan2

image

Bakar selama 30 minit. suhu 180Ā°C
(semasa bakar, sekali sekala balik2kan pisang tu)

Selamat mencuba!!

Pisang goreng dan kesihatan.

Benarkah dakwaan sesetengah pihak mengatakan pisang goreng boleh memudharatkan kesihatan tubuh badan?

Dah lama saya tidak beli pisang goreng yang dijual digerai2 ditepi jalan. Selalunya saya tengok minyak dah jadi hitam masih digunakan untuk menggoreng pisang. kalaulah begini memang sah lah makan pisang goreng boleh menyebabkan badan mendapat pelbagai penyakit. Saya? Nak makan pisang goreng, beli pisang dipasar malam dan goreng dirumah. Tak perlu nak risau2.

Suatu ketika dulu heboh dikatakan botol air mineral dimasukkan kedalam minyak bagi meranggupkan pisang goreng. Sejauh manakah kebenaranĀ  itu?

Adik saya pernah ternampak air botol mineral dan pisang digoreng bersama. Memang betul tidak semua yang buat begitu, namun kita sebagai pembeli haruslah peka demi keselamatan tubuh badan kita. Jangan dibiar orang yang tidak bertanggung jawab merosakkan kehidupan kita.

Pastikan tindakan yang terbaik diambil demi kesihatan diri kita.