Saya sebenarnya seorang yang tidak gemar pada makanan dan minuman yang masam tetapi sejak saya buat kimchi dan jeruk timun citarasa saya berubah. Saya kini suka makan jeruk, kalau boleh macam-macam jenis jeruk saya nak buat….

Jeruk timun
yang saya buat sebelum ini memang sedap dan rangup cuma agak masin, jadi saya perlu rendam seketika di dalam air untuk kurangkan rasa masin tersebut. Resipi jeruk timun itu saya ambil dari Blog Maangchi

Baru-baru ini saya ternampak satu resipi jeruk kobis bunga dari Blog Kitchen Flavour. Terdetik dihati nak mencuba.

Jom tengok hasilnya… πŸ˜‰

image

image

image

Cepat betul masa berlalu, dah pun 5 hari usia jeruk kai choy saya ini… πŸ™‚
image

image

image

image

Jeruk kobis bunga ini pun saya buat pada lima hari lepas.
image

Jeruk Kobis Bunga/Kai Choy

Bahan-bahan:
1) 3 liter air.
2) 5 ulas bawang putih dibelah dua
3) 1″ halia, dihiris.
4) 3 biji kobis bunga organik/2 pokok kai choy
5) 1 cawan gula, saya guna gula organik. InsyaAllah lain kali nak cuba pula dengan gula molasess.
6) 1 cawan cuka epal.
7) 5 1/2 cawan air sejuk.
8) 4 tsp garam. Saya masukkan 3 tablespoon garam. Walaupun resipi tersebut mencadangkan 4 teaspoon.Tapi jeruk ini sedap dan tidak masin. πŸ™‚

 

* Boleh juga kalau tidak masukkan halia dan bawang putih.

Cara;
1) Masak 3 liter air hingga mendidih dan masukkan bawang putih dan halia. Celur kobis bunga selama 30~45 saat. Tutup api dan tapis. Kemudian rendam kobis bunga dengan air sejuk selama 15 minit dan toskan.
2) Masukkan 5 1/2 cawan air, cuka, gula dan garam ke dalam bekas kaca yang besar. Kacau sehingga gula dan garam larut dan kemudian tuangkan semuanya ke dalam balang. Selepas itu masukkan kobis bunga, bawang putih dan halia. Tutup balang dan simpan balang dalam peti sejuk. Jeruk kobis ini boleh dimakan selepas 24 jam dan ianya boleh tahan selama 6 bulan.

Untuk jeruk kai choy, saya ikut resipi yang sama.
Bagi peminat jeruk bolehlah cuba resipi ini. Memang sedap! Yang penting dan bagusnya tidak ada bahan pengawet yang boleh memudaratkan kesihatan badan kita. InsyaAllah.

p/s Sekiranya merancang membuat jeruk menggunakan sayur kobis cina/kobis panjang, sayur ini tidak boleh dicelur. Saya pernah cuba dan saya dapati jeruk sayur ini akan menjadi lembik dan tak sedap..

Selamat mencuba. πŸ˜€
Kitchen flavours; Cauliflower Pickles

Advertisements

30 thoughts on “Jeruk Kai Choy & Jeruk Kobis Bunga

  1. Salam,
    Saya tak pernah cuba sayuran dijeruk ni. Melainkan jeruk timun dalam burger McD dengan jeruk lobak masin. Sebaiknya, jeruk sayur ni di makan dengan apa ye? Ataupun nak dijadikan rencah masakan. Tlg share resipi makanan/hidangan yg sesuai. Terima kasih

    1. Waalaikumussalam Linda Balqis. Saya suka mkn dengan nasi. Jeruk ni boleh di buat seperti salad atau masukkan ke dalam masakan asam pedas or bila stim ikan masukkan jeruk ni sdap jugak . πŸ™‚

  2. macamana caranya buat jeruk sayur kai choy yg pic atas tu, suka sgt jeruk sayur ni, campur dlm gulai ikan, sedap…tp tau saja lah yg ada dipasaran, takder buatan muslim ni…pls dear, ajarkan resepi tu. nk buat sendiri so boleh mkn puas2 & bagi my mom sekali…kegemaran my parent jgk.

    1. Jeruk kai Choy ni buatnya sama mcm jeruk kubis bunga. Panaskan air kemudian celur sekejap dan teruskan seperti ternyata dlm resipi. Lyn juga boleh cuba dengan sayur sawi kerinting, bagi saya sayur ni pun sedap juga.. Lyn, sila search asam pedas.. selamat mencuba.. πŸ™‚

    1. isma, sorry for the late response, just came back from umrah.. Boleh ganti cuka biasa dengan cuka epal, mungkin lagi sedap tapi saya tak pernah buat jadi tak tahu banyak mana cuka biasa diperlukan. Bezanya bila guna cuka epal, jeruk menjadi berkhasiat dan baik untuk kesihatan badan, insyaAllah. Cubalah guna cuka epal, mungkin isma akan suka. πŸ™‚

    1. Saya buat jeruk bawang seperti resipi di atas tapi saya tidak masukkan halia dan bawang putih. Bagi saya resipi jeruk di atas memenuhi citarasa saya dan keluarga, sedap! πŸ˜€

  3. Assalamualaikum,

    Puan,
    Sy suka cara puan menghasilkan jeruk yg segar & insyallah berkhasiat. Pd pdt puan, bagaimana pula caranya jika sy ingin membuat jeruk lobak masin. Bkn apa, dgr kata drp jiran tetangga yg berbangsa cina, lobak masin yg dijual oleh bangsa mereka adalah tidak halal dimakan. Wallahuallam.

    1. Waalaikumussalam.
      Saya tak pernah buat lobak masin. Resipi lobak masin ni dah lama saya simpan, pernah juga terfikir nak buat. InshaaAllah, kalau saya jumpa rice bran nanti mungkin saya akan cuba buat..

      cara buat Lobak masin

      Dried in the sun

      Choose place where a sunny, keep out of the rain. Hang a pole.
      Tie couple of radishes (around center of leaf) with a hemp rope. Cross pole and hang.
      Dry in the sun about 2 weeks or 20 days until wilt and easy to curve.

      When easy to curve, take in the radish.

      Let’s pickle!

      Tools
      wooden barrel: wash well and fill with water for a days.
      lid
      stone weight: 3 times of dried radish weight
      newspaper
      Ingredients
      10 dried radish
      1 1/3 lb rice bran
      salt: 5% of dried radish weight
      1/2 cup sugar
      4 inch by 8 inch kombu: cut into four
      6 – 8 red pepper
      dried peel of a persimmon: dry in the shade for 2 or 3 days.
      dried peel of a Japanese orange “mikan”: dry in the shade for 2 or 3 days.
      Directions
      Mix well all ingredients (1) except radish and Kombu in the ball.
      Put a handful of (1) in the bottom of barrel and spread a Kombu.
      Filled the barrel with 5 radishes.

      Put a handful of (1) and spread a Kombu again.
      Filled the barrel with the rest radishes.
      Put a handful of (1) and spread a Kombu again.
      Spread with leaves of radish.

      Put the rest of (1) and spread a Kombu again.
      Cover with a lid. Put a weight. Cover with a newspaper.

      2 weeks later…
      Reduce weight to two third.

      1 month later…

      mmm..sedap makan dengan bubur nasi. πŸ™‚

    1. Assalamualaikum Syikin Aziha. Maaf kerana lewat response, baru je balik dari bercuti.
      Resipi jeruk lobak putih yg pernah saya buat sama seperti resipi jeruk kai choy & kobis bunga yang ditulis di atas, cuma lobak putih selepas dihiris, tidak dicelur ke dalam air panas, terus masukkan lobak putih ke dalam air campuran cuka epal. Saya juga tidak masukkan halia dan bawang putih.. selamat mencuba. πŸ™‚

    1. Waalaikumussalam..
      Gula organik adalah gula yg tidak mengunakan bahan kimia dlm proses pembuatan dari mula tebu ditanam sehingga proses akhirnya dikilang.
      Boleh guna gula biasa untuk buat jeruk ini sekiranya tiada gula organik…
      Sama2.

  4. saya pernah buat jeruk lobak putih kampung. tapi resepi sendiri tak menjadi ….nak cuba buat berdasarkan resepi di atas lah…harapnya menjadi….terima kasih kepada yang sudi berkongsi

    1. Resipi di atas adalah untuk sayur Kai Choy dan kobis bunga. Saya pernah buat untuk lobak putih mengikut resipi di atas, alhamdulillah sedap bagi saya lah.. tapi ia tidak sama rasanya seperti lobak masin yang biasa dijual di kedai. Cara buat untuk lobak putih.. lobak putih di hiris sederhana tebal dan tidak dicelur.. kemudian ikut resipi seterusnya..
      Ada satu lagi resipi yang saya suka iaitu sayur kai choy & cuka beras perang. Boleh search dlm blog ni. Hasilnya lagi sedap, bagi saya lah.. πŸ™‚

  5. izinkan saya ambil resipi ini bila lapang nak cuba , nak beli kat luar bukan buatan muslim semuga allah memberi pahala yg banyak tq

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s