Honey Dew Jelly Pudding

Jelly puding ini saya sediakan sebagai juadah berbuka puasa. Ia sangat simple dan mudah dibuat. Saya tidak masukkan gula lansung sebaliknya saya gunakan madu sebagai pemanis. Jadi puding ini sesuai untuk mereka berpantang gula.

Jom tengok resipi..
image

Bahan-bahan:

1) 1 biji honey dew/ buah tembikai susu
2) 2 mangkuk air
3) 9~10 sudu besar tepung ubi + sedikit air dan kacau hingga rata. Jelly ini sememangnya pekat, kalau cair tambah tepung ubi kayu.
4) Garam secukup rasa

Cara membuat:
1) 1/2 buah di parut atau dihiris nipis dan 1/2 buah di potong kiub.
2) Masak 2 mangkuk air dengan honey dew sehingga mendidih.
3) Masukkan tepung ubi kayu dan kacau sehingga masak dan sebati
4) Masukkan honey dew yang dipotong kiub dan Kacau sekejap diatas api yang kecil dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
5) Sendukkan jelly ke dalam mangkuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
6) Sebelum dihidang, masukkan madu dan kacau rata.

Ok, Selamat mencuba. 😉