Jelly puding ini saya sediakan sebagai juadah berbuka puasa. Ia sangat simple dan mudah dibuat. Saya tidak masukkan gula lansung sebaliknya saya gunakan madu sebagai pemanis. Jadi puding ini sesuai untuk mereka berpantang gula.

Jom tengok resipi..
image

Bahan-bahan:

1) 1 biji honey dew/ buah tembikai susu
2) 2 mangkuk air
3) 9~10 sudu besar tepung ubi + sedikit air dan kacau hingga rata. Jelly ini sememangnya pekat, kalau cair tambah tepung ubi kayu.
4) Garam secukup rasa

Cara membuat:
1) 1/2 buah di parut atau dihiris nipis dan 1/2 buah di potong kiub.
2) Masak 2 mangkuk air dengan honey dew sehingga mendidih.
3) Masukkan tepung ubi kayu dan kacau sehingga masak dan sebati
4) Masukkan honey dew yang dipotong kiub dan Kacau sekejap diatas api yang kecil dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
5) Sendukkan jelly ke dalam mangkuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk.
6) Sebelum dihidang, masukkan madu dan kacau rata.

Ok, Selamat mencuba. πŸ˜‰

Advertisements

2 thoughts on “Honey Dew Jelly Pudding

  1. As Salam lagi Kasih,
    selamat mengerjakan ibadah puasa..

    pencuci mulut ke..? saya tak berapa makan honey dew..kalau tukarkan tembikai biasa boleh tak..? kenapa nak bubuh garam..?

    1. WaalaikumusSalam Nurhayyu. Selamat mengerjakan ibadh puasa to you too.. Nurhayyu tak suka honey dew ya..Tak pernah buat dengan tembikai.. menariklah, rasa nak cuba, mungkin lagi sedap! Bagi saya sedap letak garam pada makanan yg manis. Terutama kalau ada santan, baru rasa lemak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s