Nona

Hari sabtu baru-baru ini saya dan suami pergi ke Johor Bahru. Semasa dalam perjalanan pulang semalam singgah sekejap di R & R Pagoh. Saya ternampak buah Nona yang dijual dengan harga sekilo 10 ringgit, jadi belilah 4 biji.

image

Terdapat pelbagai jenis buah nona ini, ada yang mempunyai kulit hijau, hijau kuning dan merah hati seperti yang saya beli.

Khasiat yang terkandung dalam buah ini mampu menghasilkan sel darah merah, mengawal tekanan darah, merawat sembelit dan cirit birit.
Buah ini juga kaya dengan magnesium yang dapat mengurangkan penyakit reumatisme dan arthritis. Mineral potassium yang terdapat dalam buah nona dapat membantu mengurangkan kelemahan otot. Ada mengatakan khasiat buah Nona hampir sama dengan buah Durian belanda. Entahlah tapi yang saya tahu daun kedua-dua buah ini boleh memberi banyak manfaat. InsyaAllah.

Menurut buku Ong Hean Chooi;
Air rebusan daun Nona diminum untuk merangsang haid, membuka selera, rawatan selsema, mengatasi kesejukan, mengeluarkan angin daripada perut dan usus, dikumur untuk rawatan sakit kerongkong dan dijadikan air mandian untuk rawatan sakit otot, demam panas dan untuk kanak-kanak yang sentiasa gelisah.
Daun Nona ditumbuk lumat dan ditampal pada ulser, kudis dan pada kepala untuk rawatan sakit kepala.
Air rebusan daun, buah muda dan kulit kayu Nona diminum untuk rawatan bengkak usus besar.

Dah lama benar saya tak makan buah ini..
Kena tunggu dua tiga hari lagi baru boleh makan sebab buah masih belum masak, jadi kenalah peram dulu… đŸ™‚

Khasiat halia dan kayu manis.

Saya rebus halia dan kulit Kayu Manis bersama 2 cawan air dengan api yang kecil. Tutup periuk dan padam kan api selepas 5 minit dan biarkan didalam periuk selama 20 minit. Hmm harum baunya.

image

Halia 2 inci, kulit Kayu Manis 2 inci 2 batang

image

Rebus

image

Bila dah suam2 kuku saya masukkan Royal Jelly. Saya suka minuman ini.

Saya pernah tulis tentang khasiat halia dalam entri sebelum ini jadi kali ini pula mengenai khasiat kulit kayu manis.
image
(Buku ini juga dirujuk)

Kulit kayu manis mengandungi banyak khasiat. Ramai mengambil untuk tujuan menurunkan kadar gula didalam darah. Baik untuk penghidap kencing manis(bagi mereka yang mengambil ubat, berhati2 ya, jangan rendah sangat kadar gula dalam darah, tak bagus jugak). Kayu manis juga melancarkan pengaliran darah, menurun kolesterol, mereda sakit2 otot dan juga boleh mengatasi bau mulut. Air rebusan halia dan kayu manis baik untuk orang lenguh2 badan berpunca dari kesejukan juga baik untuk wanita yang mengalami senggugut.

Saya pernah diberi satu petua untuk menghilangkan parut ( saya tak pernah laku kan). Gosok kulit kayu manis di batu lesung. Letak air sikit je. Kemudian sapu ditempat yang berparut. (kena amalkan selalu).

Terdapat serbuk kayu manis dijual dalam bentuk kapsul. Bagaimana dengan serbuk kayu manis yang biasa dijual dikedai2 dan supermarket? Tak tahu pulak saya, khasiat masih ada ke tidak…..