Tenggiri Rosemary & Senangin Asam Paya

Untuk dinner semalam, saya hidangkan masak lemak ikan senangin daun asam paya dan ikan tenggiri goreng rosemary. Daun asam paya memang sedap kerana rasanya yang sedikit masam sesuai untuk masakan ini. Pucuk muda asam paya segar boleh juga dibuat ulam tapi bagi saya kalau dicelur sekejap, lagi sedap dimakan dengan sambal. Namun malam semalam saya cuma sediakan salad jeruk kai choy kerana ia lebih sesuai…

image

MASAK LEMAK SENANGIN ASAM PAYA
image

JERUK KAI CHOY
image

SALAD JERUK KAI CHOY
image
Salad jeruk kai choy mudah disediakan. Saya cuma perah jeruk kai choy dan hiris. Kemudian campur 1 labu bawang besar, cili padi , segenggam daun kesom, yang semuanya juga dihiris. Lepas itu masukkan pula lada hitam dan 1 tsp minyak bijan. Gaul semuanya sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.

IKAN TENGGIRI ROSEMARY
image
Untuk masakan ikan tenggiri rosemary, saya tumbuk 1 tsp rosemary dan 4 ulas bawang putih dengan garam. Kemudian lumur pada ikan dan perap selama sejam. Panaskan sedikit minyak dan goreng di atas api yang kecil.

Mmmmm… lazatnya & menyelerakan. 🙂