Untuk dinner semalam, saya hidangkan masak lemak ikan senangin daun asam paya dan ikan tenggiri goreng rosemary. Daun asam paya memang sedap kerana rasanya yang sedikit masam sesuai untuk masakan ini. Pucuk muda asam paya segar boleh juga dibuat ulam tapi bagi saya kalau dicelur sekejap, lagi sedap dimakan dengan sambal. Namun malam semalam saya cuma sediakan salad jeruk kai choy kerana ia lebih sesuai…
MASAK LEMAK SENANGIN ASAM PAYA
SALAD JERUK KAI CHOY
Salad jeruk kai choy mudah disediakan. Saya cuma perah jeruk kai choy dan hiris. Kemudian campur 1 labu bawang besar, cili padi , segenggam daun kesom, yang semuanya juga dihiris. Lepas itu masukkan pula lada hitam dan 1 tsp minyak bijan. Gaul semuanya sehingga rata. Biarkan 30 minit sebelum dihidang.
IKAN TENGGIRI ROSEMARY
Untuk masakan ikan tenggiri rosemary, saya tumbuk 1 tsp rosemary dan 4 ulas bawang putih dengan garam. Kemudian lumur pada ikan dan perap selama sejam. Panaskan sedikit minyak dan goreng di atas api yang kecil.
Mmmmm… lazatnya & menyelerakan. š
NAK TAHU LEBIH TENTANG MASAKAN DAUN ASAM PAYA
Biasanya daun asam paya saya buat masak lemak kuning/putih. Untuk masak lemak kuning, saya cuma tumbuk cili padi dengan serbuk kunyit/kunyit segar dan rebus dengan ikan sehingga masak dan kemudian baru masukkan daun. Apabila daun hampir lembut baru masukkan santan. Untuk masak lemak putih, tumbuk cili padi, lada hitam dan sedikit ikan bilis. Panaskan air, masukkan bahan tumbuk dan daun. bila mendidih dan daun hampir lembut baru masukkan santan.. Oleh kerana daun ini ada rasa masam, bagi saya sedap dibuat masak lemak.