Salam Jumaat

Selawat kepada Rasulullah.s.a.w.

Diriwayatkan di dalam sahih Muslim, dari Abdullah bin Amr bin As r.a. bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

image
Ertinya:
“Siapa yang membaca selawat ke atasku sekali, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud, sunan an-Nasa’i dan sunan Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Aus bin Aus r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
image
Ertinya:
“Sesungguhnya hari terbaik kamu adalah hari Jumaat, maka pada hari itu perbanyakkanlah membaca selawat kepadaku. Kerana selawat kamu diperlihatkan kepadaku. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, bagaimana mungkin selawat kami diperlihatkan kepadamu sedangkan engkau telah hancur (menjadi tanah)?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi.”

Diriwayatkan di dalam sunan Abu Daud di akhir Kitabul-Haj; pada “Bab Ziarah Kubur” dengan sanad sahih dari Abu Hurairah r.a., dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
image
Ertinya:
“Janganlah kamu jadikan kuburku sebagai tempat perayaan. Dan berselawatlah kepada ku, kerana sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku di mana pun kamu berada.”