Khasiat jarum mas

Tiba-tiba saja teringat saya pada pokok jarum mas. Satu kisah yang sangat lama ingin saya kongsikan di sini

Saya tinggal di kuala Lumpur dah nak hampir 4 tahun. Sebelum ini menetap di selatan semenanjung. Lama jugalah disana. Kisahnya..

Setiap bulan saya sering rasa kecewa dengan tukang potong rumput. Tidak pernah kata apa pun pada dia. Rumput diperkarangan rumah sentiasa panjang, hampir 6 inci baru dia akan datang ke rumah untuk potong rumput-rumput ini. Saya tidak cari orang lain sebab saya rasa pemuda ini baik orangnya. Pernah juga saya tanya kenapa selalu lewat, jawabnya sibuk sangat. Selama ini saya tak pernah perhati dia potong rumput, entah kenapa tergerak hati nak tengok dia buat kerja pada hari itu.

Dengan satu plastik ditangan, dia terbongkok-bongkok mencabut sesuatu. Hairan dengan gelagatnya dan saya lihat karung plastik itu pun dah nak hampir penuh, saya pun sapa dia, ” buat apa tu”.
Terkejut dia hahaha…
“Kak, saya nak beritahu kak sesuatu. Ini pokok jarum mas dan saya jual pokok-pokok ni. Kak percayalah pada saya, jarum mas ini sangat baik untuk orang perempuan. Saya tahu sebab isteri saya minum hari-hari. Percayalah pada saya kak”.
Sampai sekarang saya masih ingat kata-katanya sebab dia bercakap dengan bersungguh-bersungguh. 🙂

“Hari-hari kak ambil 3 batang pokok jarum mas, tuang air panas dan pastikan cawan ditutup. Bila suam kak minum. Saya nak jual pokok jarum mas ini dan saya minta kak halal ya” .
Lepas kejadian tu dia dah tak datang ke rumah saya lagi untuk potong rumput. 😦

Satu hari saya ditegur oleh seorang kawan “hai dok buat apa tu?”
Agaknya dia hairan melihat gelagat saya yang terbongkok-bongkok dengan karung plastik ditangan hahaha…

Saya beritahu pada kawan-kawan dan mereka sangat berminat. Ada kawan datang ke rumah dan cangkul tanah yang ada pokok jarum mas dan bawa balik ke rumah mereka. kalau cabut dan tanam gitu, pokok ini tak hidup. Tapi bawa pokok dengan tanah sekali pun tak hidup juga. So saya keringkan jarum mas ini dan beri pada kawan-kawan. Testimoni, mereka kata sungguh bagus. Saya?? 🙂

Khasiat jarum mas dikatakan baik untuk wanita, boleh mengembalikan kesihatan rahim dan sistem peranakan, merawat keputihan, melegakan sakit urat dan sengal-sengal pada badan.

Khasiat Ubi Kentang.

Bila saya beritahu kawan2, ubi kentang sedap dimakan sebagai ulam bersama sambal belacan atau sambal garam dengan tempoyak, ramai mereka terkejut. Boleh ke makan ubi kentang mentah?

image

image

(ubi kentang dan ulam)

image

(sambal garam dan tempoyak)

Ubi kentang mentah sangat berkhasiat. Mengandungi banyak zat galian.
image

(BARTRAM’S ENCYCLOPEDIA of HERBAL MEDICINE)
Parut ubi kentang dan letakkan di bahagian yang sakit.
Manfaat bagi mengubati buasir, ulcer, gout, rheumatik (otot dan sendi), ruam, sengal2(pinggang)dan gatal2 pada kulit.

Untuk melegakan gastrik, ulcer pangkal usus dan kembung perut. Minum 2-3 sudu teh jus ubi kentang mentah 3kali atau lebih (kalau teruk) sehari.

Semoga petua diatas memberi manfaat. InsyaAllah.