Khasiat jarum mas

Tiba-tiba saja teringat saya pada pokok jarum mas. Satu kisah yang sangat lama ingin saya kongsikan di sini

Saya tinggal di kuala Lumpur dah nak hampir 4 tahun. Sebelum ini menetap di selatan semenanjung. Lama jugalah disana. Kisahnya..

Setiap bulan saya sering rasa kecewa dengan tukang potong rumput. Tidak pernah kata apa pun pada dia. Rumput diperkarangan rumah sentiasa panjang, hampir 6 inci baru dia akan datang ke rumah untuk potong rumput-rumput ini. Saya tidak cari orang lain sebab saya rasa pemuda ini baik orangnya. Pernah juga saya tanya kenapa selalu lewat, jawabnya sibuk sangat. Selama ini saya tak pernah perhati dia potong rumput, entah kenapa tergerak hati nak tengok dia buat kerja pada hari itu.

Dengan satu plastik ditangan, dia terbongkok-bongkok mencabut sesuatu. Hairan dengan gelagatnya dan saya lihat karung plastik itu pun dah nak hampir penuh, saya pun sapa dia, ” buat apa tu”.
Terkejut dia hahaha…
“Kak, saya nak beritahu kak sesuatu. Ini pokok jarum mas dan saya jual pokok-pokok ni. Kak percayalah pada saya, jarum mas ini sangat baik untuk orang perempuan. Saya tahu sebab isteri saya minum hari-hari. Percayalah pada saya kak”.
Sampai sekarang saya masih ingat kata-katanya sebab dia bercakap dengan bersungguh-bersungguh. πŸ™‚

“Hari-hari kak ambil 3 batang pokok jarum mas, tuang air panas dan pastikan cawan ditutup. Bila suam kak minum. Saya nak jual pokok jarum mas ini dan saya minta kak halal ya” .
Lepas kejadian tu dia dah tak datang ke rumah saya lagi untuk potong rumput. 😦

Satu hari saya ditegur oleh seorang kawan “hai dok buat apa tu?”
Agaknya dia hairan melihat gelagat saya yang terbongkok-bongkok dengan karung plastik ditangan hahaha…

Saya beritahu pada kawan-kawan dan mereka sangat berminat. Ada kawan datang ke rumah dan cangkul tanah yang ada pokok jarum mas dan bawa balik ke rumah mereka. kalau cabut dan tanam gitu, pokok ini tak hidup. Tapi bawa pokok dengan tanah sekali pun tak hidup juga. So saya keringkan jarum mas ini dan beri pada kawan-kawan. Testimoni, mereka kata sungguh bagus. Saya??πŸ™‚

Khasiat jarum mas dikatakan baik untuk wanita, boleh mengembalikan kesihatan rahim dan sistem peranakan, merawat keputihan, melegakan sakit urat dan sengal-sengal pada badan.

11 Comments (+add yours?)

  1. Amoi Cun
    Jul 28, 2012 @ 14:09:38

    Puan miliki kdai ubat tradisional tak? Atau jual melalui internet?

    Reply

  2. dzuft
    Jul 30, 2012 @ 09:31:01

    belakang rumah kita takde ke? x penah nmpk terbongkok2 kat situ pun ahhhaa kecuali amik serai

    Reply

  3. Abu Bakar Ibrahim
    Sep 28, 2013 @ 12:57:11

    Rumput jarum emas ini juga dipanggil rumput ‘kemut’ baik untuk wanita yg sudah berumahtangga demi menjaga keharmonian rumah tangga….

    Reply

  4. Yahya Othman
    Sep 21, 2014 @ 18:58:15

    Puan boleh sertakan gambar jarum mas. Mana tau ada kat rumah saya…maaf

    Reply

  5. johannisthinking@wordpress.com; pedalpushingthoughts@wordpresss.com
    Oct 01, 2014 @ 10:23:21

    I used Google Translate…it did not do a very good job of translating…but it seems you have discovered a good medicine to help women? That is great!

    Reply

  6. Nurul
    Nov 24, 2016 @ 14:24:46

    puan ade jual x pokok jarum mas ni?kalau boleh sy nk beli

    Reply

    • Kasih
      Nov 24, 2016 @ 14:55:39

      Di rumah saya di Kuala Lumpur ni, pokok jarum mas tak pernah tumbuh…
      Kadang2 pokok jarum mas ni boleh di temui di kawasan tanah lapang atau di lereng2 tanah tepi2 parit dan tanah tinggi.. insyaAllah

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: