Tryptophan

Hati ini tiba-tiba teringat pada seorang teman yang jauh. Dah lama sungguh saya tidak berjumpa dengannya….sejak suaminya meninggal, dia menghadapi masalah tidur. Dia tidak boleh tidur diwaktu malam. Lama dia berkeadaan begitu sehingga akhirnya corak tidurnya berubah, dia berjaga diwaktu malam dan tidur disiang hari. Bila keadaan seperti ini berpanjangan, adalah sukar baginya untuk kembali tidur seperti biasa..

image

Jika anda mempunyai masalah tidur malam, telah mencuba berbagai tips dan masih juga tidak berjaya cuba gabungkan makanan yang pekat sumber tryptophan dengan satu makanan yang sihat yang kaya karbohidrat.
Tryptophan adalah amino acid yang tidak dihasilkan oleh badan melainkan mendapatkannya dari makanan. Tryptophan digunakan untuk membuat hormon yang dipanggil serotonin. Serotonin bertindak dalam badan untuk menggalakkan perasaan mengantuk, tenang dan rehat..

Berikut adalah beberapa makanan yang sihat dan kaya dengan sumber semulajadi tryptophan iaitu kacang, bijirin, kacang hazel, kacang tanah, biji bunga matahari, biji bijan dan kacang kuda. Jelas sekali gabungan makanan ini dengan makanan sihat kaya karbohidrat akan mampu menghasilkan hormon serotonin dan membantu anda tidur.

Pastikan paras hormon serotonin mencukupi, insya Allah masalah sukar tidur akan dapat diatasi… 😉

Insomnia.

Insomnia
Gangguan tidur?
Sukar tidur?
Terjaga ditengah malam, berbaring terjaga berjam-jam sambil cemas melihat jam…
Kalau sering sukar tidur, inilah dikatakan insomnia 😦
Kenapa jadi begitu?
Makan makanan kurang nutrien, tekanan, gaya hidup, minda yang aktif, kafein terlalu banyak, tinggi paras kortisol dan mungkin banyak lagi sebab lain…

Berlaku tidak kira usia tetapi ia adalah biasa pada warga tua. Gangguan tidur jika berlarutan lama, boleh membawa kepada masalah daya ingatan, kemurungan, tekanan emosi, cepat marah dan stres. Ketidakupayaan untuk tidur selama lebih dari sebulan boleh memberi kesan yang negatif pada kesihatan badan.

Gambar dari google
image

Bagaimanakah cara mendapatkan tidur yang mencukupi? Jom tengok tips, mungkin ini dapat membantu..
1) Rehatkan minda. Orang yang banyak berfikir memang sukar untuk tidur. Teringat saya pada satu ceramah, kata ustaz, “kalau sukar tidur, bangun ambil wuduk dan baca quran. InsyaAllah ini akan membantu untuk rasa mengantuk”.
2) Rehatkan perut.  Makan dekat waktu tidur terutama makanan berkalori tinggi dan banyak. Kalau perut terlalu kenyang memang sukar untuk tidur.
3) Senaman adalah cara yang baik untuk dapat tidur dengan lena.
4) Kafein. Ramai yang sensitif terhadap kafein terutama bila meningkat usia. Kafein berlebihan dalam badan boleh merangsang sistem saraf pusat dengan menghasilkan adrenalin, hormon sukar tidur. Satu lagi kesan sampingan pengambilan kafein berlebihan ialah kencing berlebihan. Kerap membuang air kecil juga boleh mengganggu tidur…
5) Otak menghasilkan hormon melatonin yang membantu mengawal kitaran tidur. Terlalu banyak cahaya lampu pada waktu malam boleh menyekat pengeluaran melatonin dan ini akan membuatkan sukar untuk tidur. Untuk meningkat pengeluaran melatonin, kurangkan cahaya atau tidur dalam bilik gelap.
6) Teknik relaks boleh membantu menenangkan fikiran dan melegakan ketegangan dalam badan, ia juga membantu tidur lebih cepat…
7) Pastikan suhu bilik selesa. Haba berlebihan rimas juga nak tidur.

Cuba minum teh herba:
1) Valerian; dikatakan dapat menenangkan sel-sel saraf dan melegakan otot.
2) Kava; antikeresahan
3) Lavender; merawat tekanan, kebimbangan dan kemurungan yang menyebabkan insomnia.

A good sleep can make you look younger and feel beautiful. 😉 Zzzzzz