Hati ini tiba-tiba teringat pada seorang teman yang jauh. Dah lama sungguh saya tidak berjumpa dengannya….sejak suaminya meninggal, dia menghadapi masalah tidur. Dia tidak boleh tidur diwaktu malam. Lama dia berkeadaan begitu sehingga akhirnya corak tidurnya berubah, dia berjaga diwaktu malam dan tidur disiang hari. Bila keadaan seperti ini berpanjangan, adalah sukar baginya untuk kembali tidur seperti biasa..
Jika anda mempunyai masalah tidur malam, telah mencuba berbagai tips dan masih juga tidak berjaya cuba gabungkan makanan yang pekat sumber tryptophan dengan satu makanan yang sihat yang kaya karbohidrat.
Tryptophan adalah amino acid yang tidak dihasilkan oleh badan melainkan mendapatkannya dari makanan. Tryptophan digunakan untuk membuat hormon yang dipanggil serotonin. Serotonin bertindak dalam badan untuk menggalakkan perasaan mengantuk, tenang dan rehat..
Berikut adalah beberapa makanan yang sihat dan kaya dengan sumber semulajadi tryptophan iaitu kacang, bijirin, kacang hazel, kacang tanah, biji bunga matahari, biji bijan dan kacang kuda. Jelas sekali gabungan makanan ini dengan makanan sihat kaya karbohidrat akan mampu menghasilkan hormon serotonin dan membantu anda tidur.
Pastikan paras hormon serotonin mencukupi, insya Allah masalah sukar tidur akan dapat diatasi… 😉