Sup Ayam Daun Cili

Hidangan yang mudah, simple & sihat..
Jom cuba.

DAUN CILI KAMPUNG
image

image

Bahan-bahan:
1) 1 ekor ayam kampung dipotong kecil
2) 4 ulas bawang putih dicincang
3) Serbuk lada sulah
4) 1 1/2 mangkuk daun cili yang telah dihiris nipis
5) Sediki cili padi dihiris nipis & garam

Cara:
1) Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2) Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih
3) Masukkan ayam.
4) Bila ayam dah masak baru masukkan daun cili, serbuk lada sulah, sedikit cili dan garam secukup rasa.

Bagi saya masukkan banyak lada sulah sehingga terasa membuat sup ini rasa lebih sedap.

Selamat mencuba πŸ™‚

My simple lunch.

Tengah hari ini tidak terasa pula nak makan nasi. Saya cuma nak makan something simple je seperti sup ayam ubi kayu. Makan macam ini pun dah rasa kenyang. No no, bukan nak diet, hehe..

Meh kita tengok apa kelebihan ubi kayu pada tubuh badan.

Ubi kayu bukan sahaja berkhasiat, kadang-kadang keseluruhan tumbuhan ini digunakan dalam ubat-ubatan herba. Ia mengandungi serat yang baik untuk kesihatan dan mempunyai hampir dua kali ganda kalori daripada kentang. Ubi kayu tidak mengandungi gluten dan kandungan nutrien yang terdapat dalam ubi kayu boleh meningkatkan sistem imun.

Jom cuba resipi ini. πŸ™‚

Ubi kayu yang telah disagat.
image

SUP AYAM UBI KAYU
image

Bahan-bahan:
1) 1/2 ekor ayam kampung & air secukupnya
2) 1 mangkuk ubi kayu yang telah disagat
3) 2 biji tomato dibelah dua
4) Serbuk lada sulah dan garam
5) 1 tbsp minyak zaitun.

Rebus ayam dan tomato sehingga masak. Kemudian masukkan ubi kayu dan lada sulah. Dah masak baru masukkan minyak zaitun dan garam secukup rasa.

Ubi kayu sedap juga jika dibuat pengat atau direbus gitu je dan makan dengan sambal tumis ikan bilis. Memang menyelerakan πŸ™‚

Sup Ayam Kacang Hitam

Kacang hitam adalah salah satu makanan yang berkhasiat kerana ia menyediakan nutrien yang baik untuk tubuh badan. Ia kaya dengan serat dan protein baik untuk kesihatan saluran penghadaman terutamanya kolon.
Kajian juga mendapati pengambilan kacang hitam mengurangkan risiko diabetes jenis 2 kerana ia membantu mengawal paras glukosa badan, paras kolesterol dan banyak jenis penyakit jantung dan beberapa jenis kanser.

Kacang hitam mengandungi purines. Purines adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan, haiwan dan manusia. Pengambilan purines berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Purines boleh membentuk uric acid dan pengumpulan lebihan purines boleh menyebabkan pengumpulan lebihan uric acid yang menyebabkan gout atau pembentukan batu karang. Sekiranya anda mengalami gout atau batu karang, adalah baik tidak mengambil kacang dalam diet. 😦

KACANG HITAM
image

Terdapat 2 cara untuk rendam kacang hitam bagi mengurangkan raffinose (dikaitkan dengan menyebabkan kembung perut).
1) Rebus selama 2 minit dan tutup api. Biarkan dalam periuk yang ditutup selama 2 jam. Kemudian tapis.
2) Rendam kacang hitam selama 8 jam atau semalaman di dalam peti sejuk. Sebelum masak bilas terlebih dahulu.
Walaubagaimanapun ada berpandangan air rendaman mengandungi nutrien. Jadi sekiranya tidak ada masalah kembung perut bolehlah ambil air rendaman untuk dimasak.

SUP AYAM KACANG HITAM, my favourite. πŸ˜‰
image
Saya rebus 1 cawan kacang hitam dan air rendamannya selama 1 jam/hingga empuk dan kemudian masukkan 1/2 ekor ayam kampung. Rebus hingga masak. Tutup api baru masukkan sedikit minyak zaitun, lada hitam dan garam secukup rasa.

I had this for lunch yesterday. πŸ™‚


WHFoods: Black Beans