Tengah hari ini tidak terasa pula nak makan nasi. Saya cuma nak makan something simple je seperti sup ayam ubi kayu. Makan macam ini pun dah rasa kenyang. No no, bukan nak diet, hehe..
Meh kita tengok apa kelebihan ubi kayu pada tubuh badan.
Ubi kayu bukan sahaja berkhasiat, kadang-kadang keseluruhan tumbuhan ini digunakan dalam ubat-ubatan herba. Ia mengandungi serat yang baik untuk kesihatan dan mempunyai hampir dua kali ganda kalori daripada kentang. Ubi kayu tidak mengandungi gluten dan kandungan nutrien yang terdapat dalam ubi kayu boleh meningkatkan sistem imun.
Jom cuba resipi ini. π
Bahan-bahan:
1) 1/2 ekor ayam kampung & air secukupnya
2) 1 mangkuk ubi kayu yang telah disagat
3) 2 biji tomato dibelah dua
4) Serbuk lada sulah dan garam
5) 1 tbsp minyak zaitun.
Rebus ayam dan tomato sehingga masak. Kemudian masukkan ubi kayu dan lada sulah. Dah masak baru masukkan minyak zaitun dan garam secukup rasa.
Ubi kayu sedap juga jika dibuat pengat atau direbus gitu je dan makan dengan sambal tumis ikan bilis. Memang menyelerakan π