Soup herba (A)

Suami dan anak lelaki saya suka makan soup herba ini. Saya? Lagi la suka! 🙂

image

6 biji kurma merah, 2 batang burdock (6 inci setiap satu) 2 sudu makan goji dan satu ubi kentang(di potong kiub)+1/2 ekor ayam kecil.Semua bahan2 diatas di rebus dengan 8 cawan air selama 1jam 30 minit dengan api yang kecil.

image

Dah masak saya keluarkan ayam dan carik2 isi ayam dan masukkan semula ke dalam soup. Akhir sekali saya masuk 1/2 sudu teh marmite, lada sulah dan garam secukup rasa.

image

Burdock (Gobo) merupakan tonik untuk darah yang sangat berkesan (menurut Bartram’s encyclopedia of herbal medicine).

Burdock mengandungi vitamin dan zat mineral.Baik untuk penghadaman dan nyah toksin, merendah kadar gula dalam darah juga kolesterol.Dikatakan dapat melegakan bengkak2 disendi dan mengurangkan keradangan seperti gout, arthritis dan rheumatism.

Jom makan sup herba