Sup Herba Buah Mengkudu.

Hari ini saya masak sup ayam dengan buah mengkudu. Banyak kelebihan buah ini terutamanya untuk melawas buang air kecil dan besar, merawat batuk, asma, bengkak limpa dan melancar pengaliran darah. Disamping itu juga buah ini boleh mengeluarkan toksin dalam badan.

image

image

image
Resipi ini sangat simple sebab bahannya cuma
1) 1 ekor ayam kampung
2) 2 biji buah mengkudu yang muda. Dihiris tanpa buang kulit.
3) 1/2~3/4 tsp halba (digoreng tanpa minyak hingga perang dan tumbuk hancur)

Rebus semua bahan hingga masak dan akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Sup herba ini sesuai dimakan begitu saja.
Sesiapa yang nak membuang toksin tu bolehlah cuba. 😉

Sup herba ikan siakap

Semalam saya masak sup herba ikan siakap.

image
Saya suka beli herba yang telah dikeringkan dan stok di rumah sebab senang bila saya nak masak satu-satu resipi tu, bahan sentiasa ada.

image
Masakan ni mudah, cuma lama atas api..

image

Bahan-bahan:
1. 4 keping cendawan maitake
2. 1/2 cawan keladi cina
3. 2 (6″) batang burdock (gobo)
4. 3″ halia
5. 4 ulas bawang putih
6. 1 ekor ikan siakap
7. 3 tbsp minyak bijan
8. 6 cawan air
9. lada sulah dan garam secukup rasa

Cara memasak:
Masukkan semua bahan 1 ~ 5 ke dalam periuk dan tambah 6 cawan air, masak selama 1 jam 15 minit diatas api yang kecil. Tutup periuk, kemudian masukkan ikan. Bila dah masak baru masukkan minyak bijan, lada sulah dan garam secukup rasa.

Sup herba banyak khasiat, baik untuk kesihatan badan. Cuba le… 🙂

Salah satu bahan yang digunakan iaitu keladi cina, boleh membantu mengurangkan lemak dan kolesterol dalam aliran darah, menguatkan buah pinggang, melarut kahak dan mukus.

Untuk bacaan selanjutnya mengenai khasiat burdock boleh klik di sini

dan khasiat maitake disini

Soup Herba (B)

Soup herba biasanya direbus lama sehingga 3 jam. Saya? 1 1/2 jam je.

image

2 ketul halia, 6 biji kurma merah, 1 1/2 sudu makan goji dan 3 inci kulit kayu manis.

Saya gunakan tulang dada ayam. Semua  bahan2 saya rebus bersama 8 cawan air selama 1 1/2 jam. Kemudian saya masukkan 1/2 sudu teh marmite dan garam secukup rasa.

Dalam entri sebelum ini saya pernah tulis khasiat goji, halia dan kulit kayu manis, kini saya akan catatkan khasiat kurma merah untuk kesihatan. Kurma merah kaya dengan potassium, phosphorus, calcium, manganese, sodium, zinc, iron, vitamin A, B1, B2 dan C, mampu menurun tekanan darah tinggi. Bagi perubatan cina, kurma merah digunakan sebagai tonik untuk limpa dan perut.

Bagi saya soup herba sebagai tonik yang menyegarkan badan.