Khasiat Kacip Fatimah

Kacip Fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang biasa dijumpai tumbuh liar di hutan hujan tropika.

image
Kacip fatimah. Terdapat juga jual dalam bentuk kapsul, khasiatnya dikatakan Sangat baik untuk setiap golongan wanita 🙂

Kalau Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kaum lelaki, kacip fatimah pulak sinonim dengan wanita, terutama digunakan sebagai air selusuh kerana dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi. Rebusan air kacip fatimah juga diminum untuk mengembalikan kecergasan badan selepas bersalin, membantu mengecutkan rahim serta melangsingkan badan.

Kacip fatimah sering juga diminum sebagai tonik, merangsang pengeluaran hormon, melancar kitaran haid, melegakan senggugut, merawat keputihan, cirit birit, membuang lebihan angin dalam badan, buasir, sakit sendi dan otot.
image
(Buku ini digunakan juga sebagai sebahagian rujukan)

Herba kacip fatimah mampu membekalkan tenaga kepada tubuh dan dikatakan juga dapat melewatkan proses penuaan.

Sup Herba dan buah Pear

Sup herba ini sangat mudah dimasak. Bila 6 cawan air dah menggelegak masukkan semua bahan dan masak diatas api yang kecil selama 1 jam 30 minit.

image
White fungus, kurma merah, goji dan halia kering

image
Buah pear

image
Buah pear dipotong kiub dan white fungus direndam terlebih dahulu, bila dah kembang, hiris kecil.

image
Satu sudu makan oats dicampur dengan bahan diatas.

Sup herba ini sebagai tonik untuk badan sesuai diminum ketika cuaca terasa sangat panas. Khasiat halia, goji dan kurma merah telah ditulis di dalam entri sebelum ini. Buah pear cina menambah rasa dan oleh kerana saya cuma masukkan sebiji je, jadi manis tu kurang dirasai pada sup ini. Buah pear mengandungi vit A,B1, B2, C, E, asid folik dan niasin. Ia juga kaya dengan zat mineral. Jus buah ini dikatakan boleh mencegah tekanan darah tinggi dan strok, Mengatasi kahak, meningkat sistem imun, merawat sakit tekak, dapat menurun suhu panas pada badan ketika demam dan juga jus pear boleh menambah tenaga dengan segera.

image
Kalau suka manis masukkan madu sebab sup herba ini sememangnya sangat kurang manisnya. 🙂