Sup herba ini sangat mudah dimasak. Bila 6 cawan air dah menggelegak masukkan semua bahan dan masak diatas api yang kecil selama 1 jam 30 minit.
White fungus, kurma merah, goji dan halia kering
Buah pear
Buah pear dipotong kiub dan white fungus direndam terlebih dahulu, bila dah kembang, hiris kecil.
Satu sudu makan oats dicampur dengan bahan diatas.
Sup herba ini sebagai tonik untuk badan sesuai diminum ketika cuaca terasa sangat panas. Khasiat halia, goji dan kurma merah telah ditulis di dalam entri sebelum ini. Buah pear cina menambah rasa dan oleh kerana saya cuma masukkan sebiji je, jadi manis tu kurang dirasai pada sup ini. Buah pear mengandungi vit A,B1, B2, C, E, asid folik dan niasin. Ia juga kaya dengan zat mineral. Jus buah ini dikatakan boleh mencegah tekanan darah tinggi dan strok, Mengatasi kahak, meningkat sistem imun, merawat sakit tekak, dapat menurun suhu panas pada badan ketika demam dan juga jus pear boleh menambah tenaga dengan segera.
Kalau suka manis masukkan madu sebab sup herba ini sememangnya sangat kurang manisnya. 🙂
maaf yer…ni buah lai kan..??… nampak menarik,nak cubalah.sye biasa rebus whitepungus+longan kering
Ya ezza, buah lai. Saya suka juga rebus white fungus dgn longan kering, manis dn sedap. 🙂