Sewaktu membelek surat khabar Berita Harian, ternampak beberapa perkara yang menarik perhatian saya!!
- Berat otak manusia hanya 2 peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang di sedut ketika berehat atau tidur. (3 sept)
- ketika tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10 trilion sel saraf perlu dipelihara. (2 sept)
- Dianggarkan 4.7 hingga 6.6 litre darah dalam tubuh lelaki manakala 3.8 hingga 5.7 litre bagi perempuan. (25 ogos)
- Pisang mempunyai kandungan vitamin B Kompleks yang tinggi dan dapat membantu menenangkan sistem saraf. (22 ogos)
- Pakar perubatan Amerika, Dr Alan Cott, membuktikan puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian perbandingan ke atas sekumpulan orang yang kerap berpuasa dan tidak berpuasa menunjukkan mereka yang berpuasa memperolehi skor lebih tinggi. (10 ogos)
- Pemenang anugerah Nobel kedoktoran, Dr Akexis Carel, menyatakan puasa dapat bersihkan penafasan manusia. (9 ogos)