Minyak Biji Anggur mengandungi kadar OPC (Oligomere Proanthrocyanidin) yang tinggi, merupakan antioksida paling berkesan 50 kali lebih kuat dari vitamin E dan 30 kali lebih pada vitamin C. Kaya dengan zat galian dan asid organik. Khasiat MBA (Minyak Biji Anggur) sangat baik untuk saraf dan otot.
(Warna MBA Kehijauan manakala di sebelah kiri minyak zaitun kekuningan)
(Buku ini juga digunakan sebagai rujukan)
Manfaat OPC melindungi sel2 didalam badan daripada di musnah oleh radikal bebas, menurun kadar kolesterol ldl, meningkat kadar hdl, mengurangkan sel pembukuan darah dan menurun risiko arterioklerosis, merencat keradangan, boleh cegah serangan jantung dan strok, mengurang ketidakselesaan berkaitan menopause.
MBA melembapkan kulit pada tahap yang mendalam dan mencegah penuaan (kena berhati2 menggunakan minyak biji anggur, kerana dapat membuat anda semakin kelihatan awet muda.) Bagi saya rasa MBA ok, boleh ambil begitu saja tanpa perlu campur dengan makanan atau minuman. Harga agak mahal. Ada yang murah tapi tu le pulak kurang kualiti.
Teringat saya di satu jamuan makan malam ketika kita berbincang mengenai khasiat minyak zaitun dan minyak biji anggur, kata seorang doktor, dia tidak boleh bayangkan bagaimana manusia boleh telan minyak begitu saja. Agaknya dia tidak tahu ada setengah penduduk di negara barat minum minyak zaitun 1/2 gelas kecil sehari untuk kesihatan jantung. Saya kata padanya, apa pendapat doktor tentang manusia yang mengambil minyak ikan? Hmm…. Dia terdiam!
Banyak ciptaan Allah yang Maha Esa memberi manfaat kepada manusia….
best infoo ni… slma ni dok ingat myak zaiton je yg byk khasiat π
Terima kasih sudi singgah ke sini
Aslmkm. Boleh saya tahu mcm mana nak dptkan mba ni dan berapa harga nya?
Waalaikumussalam. Saya beli di Vita care. Ada 2 size. Harga agak mahal juga.
Vita Care online ke? tumpang tanya, actually tadi sy baru beli beli grape seed yg tablet punye, so you think which one yg lebih berkesan?
Tak tahu samaada vita care online ke tidak. Saya tak pernah beli yang tablet. Selalu beli yang minyak atau dalam kapsul. Saya diberitahu yang brand diatas sangat baik, wallahu’alam. Pandangan saya, saya rasa minyak lebih baik.
Saya juga dah memilih rawatan alternatif. Kalau ikutkan dulu, seluruh hempedu saya dh dibuang. Alhamdulillah. Tiada yang berkuasa selain Allah. Berdasarkan testimoni-testimoni di Pusat Terapi Jabbar Carelife, produk biji anggur juga berupaya menolong memulihkan penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, masalah penglihatan akibat kencing manis, selaput mata juga penyakit buah pinggang pelanggan-pelanggan saya. Memang berkesan! Subhanallah.
http://www.facebook.com/pages/Superpower-Grape-Seed/148328845336164?fref=ts
Alhamdulillah dan didoakan semoga Nurul Ashiranh sentiasa sihat. Saya setuju, memang minyak biji anggur ini banyak manfaat untuk kesihatan.. π
Good info..syukran
Terima kasih Dayang Ana Johari. π
Assalam Kak..saya nak tanya, betul ke MBA boleh hilangkan breast lump jika diamalkan? just brand ni ke yang paling bagus? farmasi selain Vita care ada jual tak? Tqvm..very useful info!
Waalaikumussalam. Kak belum jumpa lagi semasa semak, MBA boleh hilangkan breast lump. Anyway mungkin perlu menyemak dengan lebih mendalam lagi kot…
Mungkin ada brand lain yang lebih baik tu kak tak tahulah pulak sebab tak pernah cuba.. Farmasi yang besar biasanya ada jual MBA, inshaaAllah