Masak Lemak Udang Pegaga

Assalamualaikum.
Hari ini saya sediakan masak lemak udang pegaga, masakan kegemaran saya. 😀

Selamat mencuba!

image

Bahan-bahan:

1 mangkuk besar ulam pegaga. Buang akar dan batang yang keras
2 biji buah tomato dibelah dua dan hiris
1 cawan air
7 ekor udang, sederhana besar. Buang kepala dan urat hitam
1 batang serai diketuk
cili padi merah
3 biji buah keras
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2/3 cawan santan kotak (terpulang citarasa. Saya guna jenama kara)
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk cili padi, serbuk kunyit dan buah keras sehingga lumat
2) Panaskan 1 cawan air dan masukkan ulam pegaga. Tetup periuk, rebus pegaga sehingga lembut di atas api yang kecil
3) Masukkan bahan tumbuk, serai, jintan manis, tomato dan serbuk lada putih. Masak sehingga mendidih
4) Masukkan santan, udang dan garam. Apabila santan mendidih dan udang telah masak, padamkan api

Kerabu Pegaga

Assalamualaikum..

Kali ini saya pos kerabu pegaga pula. Hidangan ini sesuai bagi mereka yang begitu perihatin menjaga kesihatan terutama dibulan yang mulia ini. 😀

image

Bahan-bahan:

2 ikat pegaga, ambil daun dan batang yang lembut sahaja. Pegaga dihiris kasar
1 biji buah tomato dipotong kiub
7 ulas bawang merah dihiris
3 cili merah dibuang biji
5 cili padi
4 sudu besar penuh kelapa parut
3 sudu besar jus lemon
Garam secukup rasa

Cara:

1) Tumbuk cili padi dan cili merah tapi jangan lumat dan kemudian masukkan kelapa parut dan tumbuk bagi sebati
2) Satukan bahan yang ditumbuk, bawang merah, buah tomato dan pegaga, jus lemon dan garam secukup rasa. Gaul dan ramas sehingga rata dan sebati.
Siap untuk dihidang

Bubur Nasi Pegaga

As salam.

Sebelum ini saya pernah masak nasi bubur daun kari dan hari ini saya nak share satu lagi menu sihat iaitu bubur nasi pegaga.. Bagi saya masakan ini sedap dan sesuai dihidang bila-bila masa dan memenuhi citarasa saya…
Ulam pegaga telah diiktiraf oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) sebagai herba yang dapat menjana kecerdasan berfikir dikalangan kanak-kanak. Ulam pegaga juga dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkat kesihatan kulit. Ia juga baik untuk menurun tekanan darah tinggi, menjadi penawar ulser, membantu merawat buah pinggang dan melawas buang air kecil.

Jom lihat resipi ini

image

Bahan-bahan:

1) 1 mangkuk nasi
2) 3 mangkuk air
3) 100g ulam pegaga
4) 5 ulas bawang merah dihiris nipis
5) 2 ulas bawang putih dihiris nipis
6) 1/2 kotak santan kara
7) Serbuk kasar lada hitam
8) Garam secukup rasa

Cara:
1) Nasi dan 1 cawan air dikisar sekejap. Jangan lumat
2) Pegaga dan 1 cawan air dikisar sehingga lumat. Tuang ke dalam periuk nasi
4) Masukkan 1 cawan air lagi ke dalam periuk nasi, bawang merah dan bawang putih. Masak sehingga mendidih
5) Kecilkan api dan reneh nasi selama 15 minit
6) Kemudian masukan santan, lada hitam dan garam
7) Mendidih sekejap, padam api

Bubur nasi ulam pegaga ini sedap dimakan dengan daging bakar atau ikan bakar

Anak saya pula suka makan dengan ikan bilis goreng 🙂

Selamat mencuba