A memorable trip to Korea – 5

Pada hari rabu 7/4/2015 sekitar jam 8.00 pagi kami di bawa melawat ke World Cup Stadium 2002, Seoul. World Cup Stadium adalah sebuah stadium bola sepak yang dibina untuk perlawanan Korea-Jepun pada piala dunia ke 17 tahun 2002. Stadium ini mempunyai kemudahan lain sebagai tambahan kepada stadium utama termasuk Mall Piala Dunia, Kedai diskaun, Pawagam dan Dewan Muzium Piala Dunia fifa 2002. Ia juga adalah rumah kepada liga dan kelab bola sepak Korea. Stadium ini juga dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada hari tiada permainan.
Seterusnya kami ke International Mosque (Intaewon) Seoul, Seoul Tower dan Trick Eye Museum.

Di World Cup Museum

image

image

image

image
image

International Mosque, Seoul
image
Masjid Intaewon ini terletak di Hannam-dong, Yongsan-gu di Seoul dan merupakan Masjid pertama di Korea. Untuk sampai ke Masjid ini kita boleh juga mengambil subway dan seterusnya berjalan kaki kira-kira 10 minit dari stesen Itaewon ke masjid. Terdapat banyak restoran halal
disepanjang jalan menuju ke masjid.

Di Seoul Tower
image

image

image

image

image

Seoul Tower ialah menara yang terkenal sebagai mercu tanda Bandaraya Seoul. Ia berjaya menarik minat ramai pelancong dan penduduk tempatan. Di tingkat 2, Plaza N, kami melihat terdapat banyak kunci yang digantung sepanjang dinding yang dikenali sebagai ” Locks of Love” (kunci cinta). Ia adalah lokasi popular bagi orang Korea menggantungkan kunci bagi melambangkan cinta abadi mereka, terutama kaum remaja.

Di Trickeye Museum
image

image

image

image

image

image

The Trickeye Museum terletak di daerah Hongdae dan menjadi destinasi popular untuk pelancong. Muzium ini memiliki banyak koleksi gambar-gambar dua dimensi dan tiga dimensi yang telah direka khas untuk ‘menipu mata’ pengunjung..
Seronok mengambil gambar di sini, kerana hasilnya mengkagumkan… 😀