Ramai yang tidak tahu tentang khasiat buah nenas?
Pengalaman yang saya lalui pada suatu ketika dahulu…. saya mengalami sakit yang amat sangat di bahagian belakang bawah bahu.
Puncanya?
Saya mengangkat dan menolak satu tunggul kayu yang besar di belakang rumah. Kuat juga tenaga yang digunakan pada ketika itu.
Oleh kerana sakit itu berpanjangan maka saya buat keputusan berjumpa dengan seorang doktor pakar. Saya di suruh mengambil MRI dan keputusan MRI, kata doktor “nothing can be done” dan kata doktor itu lagi, ini adalah punca daripada peningkatan usia..
Nak tergelak pun ada juga pada ketika itu, sebabnya masa itu saya belumlah tua pun.
Saya dinasihatkan untuk mengambil ubat penahan sakit yang mengandungi steroid kalau tidak dapat menahan kesakitan. Sampai bila? Kata doktor, sampai bila-bila ketika terasa sakit. Doktor beritahu ramai yang sakit macam saya termasuklah doktor pakar yang saya berurusan ini. Saya tidak boleh terima kenyataan itu, menerima hakikat sakit sepanjang masa. Ketika itu saya bernekad untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, semasa di sebuah kedai buku, saya terbaca sebuah buku mengenai buah nenas. Rupanya buah nenas banyak khasiatnya. Terdapat enzim bromelin di dalam buah nenas yang masak/matang terutama di bahagian empulur.
Saya juskan buah nenas 2 atau 3 biji sehari, pagi dan petang. Minum semasa perut kosong. Saya amalkan setiap hari selama sebulan lebih.
Alhamdulillah saya sembuh.
Cara pengambilan jus nenas ini, mestilah dengan perut kosong, kerana enzim ini akan terus ke bahagian badan kita yang mengalami radang/inflammed. Sekiranya kita minum selepas makan, enzim ini akan membantu menghadamkan makanan kita, baik bagi mereka yang mengalami masaalah penghadaman.
Enzim bromelin mempunyai keupayaan untuk melawan keradangan yang boleh menjejaskan tisu dan organ-organ dalam badan. Ia membantu bersihkan badan dari bahaya toksin, mengelakkan pembekuan darah, meningkatkan penghadaman makanan dan nutrien dan juga berkesan melawan aktiviti virus dan bakteria dalam tubuh manusia.
Nenas boleh mencairkan darah. Bagi mereka yang mengambil ubat darah tinggi, kenalah berhati-hati kerana kalau darah terlalu cair, ini akan memudharatkan mereka. Diingatkan bila minum jus nenas ini, segeralah berkumur supaya acid nenas tidak merosakkan gigi.
Nenas mengandungi banyak vitamin c, membantu menyembuhkan luka. Mengandungi zat besi, menyerap kedalam saluran darah. Vitamin B, fungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan didalam usus. Kandungan potassium bersama sodium mengawal imbangan air dalam tubuh. Walaubagaimanapun nenas boleh meningkatkan kadar gula dalam darah. Buah nenas yang belum matang amat berbahaya pada kandungan, boleh menyebabkan keguguran.
Berusahalah mencari penawar bagi setiap penyakit dan berdoalah kepada Allah serta bertawakkallah kepadanya. Sesungguhnya yang akan menyembuhkan kita hanyalah Allah ta’ala jua.
Tak tahu plak byk khasiat nenas. Tak pedih lidah ke minum jus pg dan mlm? Rasa nk cuba sbb dah lama sakit tengkok, dr kata sengal biasa. Dah berbulan dah pun.
kalau sakit macam tu, bagus jugak sekiranya nak cuba.
Salam, Auntie sihat? 🙂 Auntie, nak tanya kalau kita minum lakewood pure pineapple ok tak?
Alhamdulillah sihat. Auntie harap Yani pun sihat jua. Jus buah nenas yang diproses biasanya dah tak ada enzim. Jadi kalau nak ambil nenas untuk tujuan nak menyihatkan badan sebaik2nya minum ” fresh juice” Salam. 😉
bagus rupanya khasiat buah nenas ni,, selama ini org takut nak makan byk, sbb buah ni di katakan ‘tajam’,, tanpa ilmu pengetahuan,, byk manfaat yg kita tidak akan tau,,itulah kelebihan minat membaca,, setiap ilmu dpt di manfaatkan bersama,,
Buah ni memang berkhasiat. Dulu2 setengah wanita dalam pantang bersalin makan nenas untuk cepat sembuhkan luka dalam badan
Wow bestnya boleh jd ubat
Ya, sangat berkesan..
TQ for info, sebelum ni tak tahu pun jus nenas boleh rosakkan gigi. lepas ni kena kumurlah kalau ada makan nenas.
p/s nak promote sikit Alat buang Duri Nenas
Sama2. 🙂