Saya dan keluarga ke kuantan, Pahang pada 2hb jun kerana menghadiri pernikahan anak saudara. Perjalanan dimusim cuti sekolah, memang memerlukan kesabaran yang luarbiasa. Jalanraya begitu sibuk dan kereta bergerak perlahan terutama di plaza tol. Ada ketika berangan2 alangkah bestnya kalau kereta kami boleh terbang.
Disaat ini, perasaan saya? Boleh dikatakan boringlah jugak.
.
Kami menginap di hotel Hyatt yang terletak di persisiran pantai teluk cempedak. Ramai sungguh pengunjung dan kami telah buat tempahan bilik lebih awal namun begitu masih perlu menunggu. Suasana sangat menarik dan ceria serta riuh kerana keletah budak2.
Bilik kami mengadap pantai. Pemandangan yang sangat cantik. Pantai kelihatan begitu tenang dan nyaman…
Ada pertandingan master chef pada 3hb jun tapi tidak ada peluang untuk menyaksikan kerana terpaksa kemajlis sanding anak saudara.
Pemandangan yang sangat indah.
Sejuk mata memandang.
Pada malam selepas akad nikah, hujan turun begitu lebat sekali. Kami segera pulang ke hotel dan hari pun dah lewat malam.
Dah lewat malam, sunyi.
Kami menginap hanya semalam dan sebelum pulang ke Kuala Lumpur sempat juga kami berkunjung ke rumah besan.
Perjalanan pulang sangat letih dan lama sungguh di atas jalanraya. Terlalu banyak kenderaan dan bergerak sungguh perlahan. Biasanya saya akan cuba elak kemana2 dimusim cuti sekolah kerana dapat menjangkakan situasi dijalanraya. Yang pasti kesibukan dijalanraya memaksa saya memandu dengan cermat dan berhati2. Keadaan tidak membenarkan untuk berhenti kereta supaya suami mengambil alih memandu.
Alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah.
” Pandu cermat jiwa selamat. “