Chia seeds.
Pukul 11.45 pagi tadi saya rendam 2 sudu teh Chia seeds ke dalam secawan air. Oleh kerana chia tidak mempunyai rasa jadi saya masukkan 1 sudu makan goji. Saya biarkan selama 1 jam.
Chia dan Goji sudah kembang. Rasa? Ok not bad. Boleh katakan minum air Goji.
Chia mengeluarkan jeli. Kemungkinan air yang saya guna agak banyak untuk 2 sudu teh Chia jadi tidak banyaklah jeli. Teringat saya pada biji Selasih (Basil seeds) yang selalu kita masuk ke dalam sirap, minum masa buka puasa. Macam tu lah rasa chia seeds ini. Saya gunakan air pada suhu bilik (room temperature). Lain kali akan cuba dengan air yang suam kuku. Air panas tidak boleh kerana ia akan memusnahkan enzim yang terdapat dalam Chia seeds.
Terfikir diminda saya, samakah khasiat yang terkandung di dalam biji Chia dengan biji Selasih? Hmm… Yang pasti Chia seeds lebih mahal dari biji selasih!
Bacaan lanjut:
Khasiat chia seeds
macam mana nak beli biji chia nie? cari kat internet tak jumpa…
Di ikea ada satu kedai jual barang organik, terdapat bnyk chia seeds dijual disitu dan saya di beritahu di Cosway pun ada tp saya x pernah pergi sana. 🙂
Ada di FB orang malaysia kita jual:
http://www.facebook.com/ChiaSeedsMalaysia
Cubalah…
Terima Kasih.