Chia seeds yang direndam semalaman, lebih kembang (saya setuju dengan penjual Chia, perlulah direndam dengan lebih lama). Oleh sebab tiada rasa saya campur dengan Rin enzyme pula kali ini.
Rin enzyme mengandungi ekstrak berbagai sayuran, buah-buahan, rumpai laut dan herba.
Khasiat Rin Enzyme ialah mengurangkan asidik pada darah. Rasa yang manis kerana ia dicampur juga dengan ekstrak buah plum.
Saya belum sarapan dan baru saja lepas dari beriadah. Hari ini tidak naik bukit cuma jalan-jalan dikaki bukit. Teman-teman kata saya kurus! betul ke ni? nanti nak tanya anak lelaki saya.
Kenapa tidak sarapan? Sebab, kawan nak jamu makan durian tengah hari nanti. Tu sebabnya, bukanlah nak diet! 🙂
Percayakah durian boleh menceriakan hari anda? Tidak? Ya, bagi saya, hehe..