Semasa bersama kawan2 menjamu selera, menikmati keenakan buah durian, seorang teman telah memberi petua bagaimana hendak menghilangkan bau durian yang melekat pada tangan dan mulut.
Katanya semasa nak basuh tangan ambil biji durian dan basuh tangan bersama biji. Saya lakukan dan ternyata bau durian hilang dan bagaimana pulak bau pada mulut? Berkumur bersama biji durian. No! malu le nak buat depan teman2.
Saya diberi buah durian untuk dibawa pulang. Nanti dok sorang2 boleh le cuba petua yang satu lagi tu.
Bagaimana nak hilangkan bau pada kereta pulak? Seorang lagi teman kata, dia letak roti bersama durian di boot kereta. Ada berpendapat letak arang. saya biasa letak roti dan daun ubi kayu. Bagi saya daun ubi kayu lagi berkesan.
Selamat mencuba semoga petua diatas dapat membantu terutama bagi menghilangkan bau durian didalam boot kereta kerana kalau dibiarkan boleh buat kita pening kepala!!!
Reblogged this on Syafiza wikinomics.