Sydney, saya disini.

Ketika ini kami sedang rehat minum, cuppucino lagi.

image

Letih banyak berjalan. Jauh juga berjalan rasa macam dah kurus sikit.
Makan malam semalam di restoran Melayu. Sedap? Tak nak jawab.
Tadi makan kebab. Dua kali beli pulak tu. Rasa2 esok nak makan disitu lagi.
Hari ni bandar Sydney kering. Jadi gambar2 yang dirakam  nampak ok.
Kawan2 tanya banyak ke saya shopping? Rasanya terlalu banyak window shopping! Tu pun perasaan rasa best. Rasanya senang betul nak bagi orang perempuan happy…..

image

image

image

image

image

image

Circular Quay

Tengahari semalam saya dan suami kesempatan bersiar2 disekitar Circular Quay yang terletak lebih kurang 15minit berjalan kaki dari hotel. Cuaca ok. Tidak perlu pakai baju berlapis2.
Sambil jalan2 ambil gambar dan berhenti sekejap minum cuppucino (sedap pulak) Kat Malaysia tak suka. Kalau dirumah pagi2 minum nescafe. Waktu pagi kalau tak minum nescafe macam belum minum, walaupun minum air lain bergelen2. Rasa macam tak ada ump. Agaknya itulah penangan kafein. Lewat pagi, tengahari atau malam baru boleh minum tea.
Dibawah ni gambar2 yang dirakam sekitar Circular Quay. Lebih 15 tahun yang lalu kami pernah datang kesini. Yang pasti Opera house
masih lagi gagah berdiri, persekitaran nampak macam lain. Ke sama je? entah le dah tak ingat, dah lama sangat!

image

image

image

image

image

Blue mountains

Semalam pada pukul 6.30 pagi saya turun sarapan. Pukul 7.30 semua berkumpul dilobi,  menunggu bas. Bas lewat setengah jam, emm biasalah tu… Kata drebar tayar bas pancit. Kami seramai 11 0rang. 6 dari Amerika, 3 dari Singapore, 1 dari philippines.
Kami lalui perkampungan olimpik dan kemudian tukar bas.

image

(Inilah bas yang kami naik, sangat selesa)

Gambar2 diperkampungan Olimpik.

image

image

image

Cuaca sangat bagus dan terang tapi sejuk juga. Alhamdulillah pakaian saya tebal jadi saya rasa amat selesa . Kami teruskan perjalanan dan singgah ke Featherdale Wildlife Park . Kami disini selama hampir 1 jam.

image

image

image

image

image

image

Jam 10.30 kami mulakan perjalanan ke  Blue Mountains. Pemandangan luar bandar Sydney sangat cantik, bersih dan sejuk mata memandang. Bas  ni agak laju kadang2 tak sempat nak rakam tempat2 yang menarik. Bila sempat rakam banyak pulak  gambar yang tak menjadi.

image

image

Selepas satu jam lebih kami tiba di Katoomba, bandar Blue Mountains. Bandar ni tak le besar tapi memang menarik.
Kami teruskan perjalanan dan tiba ke
Leura village or garden village.( penduduk disini mengindahkan taman2 dirumah mereka dan sesetengah membenar pelancong masuk kedalam laman rumah mereka.) Kami tiba dikoomurri selepas makan tengahari. Makan fish and chips dan salad.
Kami disini hampir sejam. Satu kelainan. Di Blue Mountain kita lihat alam semulajadi. Cantik? ya cantik tapi pulau langkawi lagi cantik!
Kami naik cable car( tak ambil gambar sebab acap kali pejam mata sebab rasa takut tapi tiada pilihan terpaksa juga naik) Masa naik cable car di Pulau Langkawi macam tu juga, tapi orang lain riang gembira sempat pula menyanyi.

image

image

image

image

image

image

image

image

Kami di aboriginal centre. Melihat tarian.

image

image

Perjalanan pulang kami singgah ditempat dipanggil ‘king table’ .

image
image

kami perlu diatas bas untuk satu jam setengah lagi dan menaiki feri pada jam 5 petang. Sempat rakam gambar sebelum menaiki feri……

image

image

image

image

well, Satu pengalaman yang indah.
Benarkah banyak pengalaman luas pandangan? Atau luas pandangan banyak pengalaman? Serupa tapi tak sama!