Ramai wanita selepas bersalin mengambil kunyit segar atau jus kunyit ketika dalam pantang.

image

image

(Kunyit dalam bentuk kapsul mudah ditelan dan bahan aktif curcumin lebih tinggi daripada kunyit segar)

Curcumin, pigmen yang memberi warna kuning-oren pada kunyit adalah antioksidan yang sangat berkesan untuk kesihatan. Penawar bagi anti-radang dan keradangan kronik termasuk kencing manis, arthritis dan penyakit jantung, katarak, regenerasi otot, keradangan usus dan alzheimer. Ia juga anti-bakteria dan anti-viral. Curcumin juga dikatakan boleh menghalang dan merawat berbagai penyakit kanser. Ia juga mempunyai sifat antiseptik dan antibakteria yang sangat berguna untuk mengawal infeksi pada luka di kulit. Mujarab untuk luka didalam badan terutama bagi wanita yang baru lepas bersalin.
image
( Buku ini sebahagian dari sumber rujukan)

Manfaat kesihatan yang lain termasuk meningkatkan penghadaman, detoksifikasi dan fungsi hati yang sihat dan membersih darah.

Saya pernah juga mendengar sesetengah orang tua tidak menggalakan pengambilan kunyit secara berterusan kerana dibimbangi boleh menyebabkan putus haid (menopause) lebih awal. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran itu. Sehingga kini saya belum temui dalam pembacaan saya yang menyokong pandangan tersebut, wallahu’alam.

Walaubagaimanapun, saya juga difahamkan adalah lebih baik untuk tidak mengambil satu2 herba itu berterusan lama. Berhenti untuk satu jangka waktu dan kemudian mengambilnya semula, begitu juga dengan supplement seperti vitamin dll adalah lebih berkesan pada kesihatan tubuh badan.

Curcumin health

The best of a truly amazing food

4 thoughts on “Khasiat kunyit.

  1. Sy pernah dgr pengakuan beberapa org yg mngata pengambiln kunyit fresh brterusan utk beberapa minggu shj boleh mnyebab ‘kecut’ , jadi mrk tak galak. Kecut apa? mrk tak nk ckp..

  2. Ibu sy prnah pesan jgn amal mkn kunyit hidup sjk remaja lagi, memadailah gaul kunyit pd ikan atau daging sebelum goreng..

  3. betul ke menopaus awal disebabkan oleh amalan pengambilan or pemakanan kunyit??adakah kunyit menyebabkan menopaus awal??

    1. Sehingga kini saya belum jumpa kenyataan mengatakan kunyit menyebabkan menopaus awal.. walaubagaimanapun, kunyit boleh membantu memberi kelegaan pada mereka yang menghadapi simptom menopaus. Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s